KUALA LUMPUR 15 Jan - Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Tan Sri Mohd Zuki Ali dilantik sebagai pengarah bukan bebas dan bukan eksekutif di SD Guthrie Bhd berkuat kuasa hari ini.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, gergasi perladangan itu berkata Mohd Zuki mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam perkhidmatan kerajaan dengan kepakaran dalam penetapan dasar, pentadbiran awam dan institusi antara kerajaan.
Beliau berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Negara dari 1 Jan 2020, sehingga persaraannya pada Ogos tahun lepas. Beliau juga merupakan ketua setiausaha Kementerian Pertahanan pada 2019.
Mohd Zuki pernah memegang pelbagai jawatan kepimpinan di Jabatan Perdana Menteri, termasuk timbalan ketua setiausaha kanan, setiausaha persekutuan undang-undang negeri Sarawak, ketua pengarah bahagian hal ehwal undang-undang, timbalan ketua setiausaha (pengurusan) dan perunding kanan.
Selain SD Guthrie, beliau juga merupakan pengarah di Pestech International Bhd. - DagangNews.com