Boustead Properties lancarkan aplikasi mudah alih Super Mutiara X, tawar pelbagai ganjaran eksklusif merentasi gaya hidup dan hartanah | DagangNews Skip to main content

Boustead Properties lancarkan aplikasi mudah alih Super Mutiara X, tawar pelbagai ganjaran eksklusif merentasi gaya hidup dan hartanah

Pelancaran aplikasi mudah alih Mutiara X di The Curve, Petaling Jaya
Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 4 Okt - Mutiara Spaces milik Boustead Properties,  melancarkan Super Mutiara X, aplikasi mudah alih yang menggabungkan tawaran eksklusif  penginapan hotel, ganjaran membeli-belah dan memberikan maklumat terkini hartanah bagi meningkatkan pengalaman pelanggan.

 

Platform digital yang dilancarkan di pusat beli-belah The Curve itu memanfaatkan pangkalan data yang besar bagi menyasar dan menarik pengguna supaya mereka dapat memanfaatkan ganjaran dan tawaran terkini merentasi gaya hidup dan hartanah.

 

Soroton utama aplikasi mudah alih itu juga termasuk pengurusan mata ganjaran, dompet ganjaran, ganjaran penginapan hotel serta memaklumkan pameran hartanah dan acara anjuran Bousted Properties.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Properties, Khairul Azizi Ismail menggariskan kepentingan peranan platform digital dalam membangunkan aplikasi mudah alih itu terutamanya bagi mengukuhkan kehadiran pemaju hartanah itu dalam ruang digital. 

 

 

BP
Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Properties, Khairul Azizi (tengah) di majlis pelancaran applikasi Mutiara X. 

 

“Menurut satu kajian di DataReportal.com, terdapat 44.55 juta pengguna telefon bimbit yang aktif di Malaysia, bersamaan 129.2% daripada anggaran populasi negara iaitu 34.49 juta. 

 

“Data itu juga menunjukkan majoriti rakyat Malaysia mempunyai lebih daripada satu telefon bimbit.

 

“Ini menunjukkan peranan kritikal platform digital dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia. Oleh itu, pelancaran Mutiara tepat pada masa dengan trend  masyarakat yang semakin celik digital,” katanya semasa sesi siding media. 

 

Beliau juga turut berkata, melalui aplikasi itu, pengguna boleh memperolehi tawaran eksklusif di The Curve, menikmati kadar istimewa di The Royal Chulan Hotels & Resorts atau memanfaatkan tawaran koleksi Mutaiara Boustead Properties termasuk Mutiara Damansara, Mutiara Rini, Mutiara Hills atau One Cochrane Residence. 

 

 

 

BP
Applikasi mudah alih Mutiara X - Gambar SYAZA/DagangNews

 

Ketua Pegawai Strategi Kreatif, Boustead Properties, Muhd Taufiq Jaapar berkata, aplikasi mudah alih itu merupakan fasa pertama dalam perancangan Mutiara Spaces. 

 

“Melangkah ke hadapan, kami akan melancarkan fasa-fasa yang kan datang yang bakal merangkumi penambahbaikan kepada platorm itu dengan mengintegrasikan syarikat-syarikat tambahan di bawah Boustead Holdings Berhad.

 

“Bagi applikasi ini, kami akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami dahulu dan seterusnya kami akan mengukuhkan lagi kedudukan kami di ruang digital,” ujar beliau.

 

Khairul juga turut berkata, sebagai sebahagian daripada strategi pelancarannya, Mutiara Spaces menyasar untuk menarik sekuang-kurangnya 5,000 pengguna Mutiara X menjelang awal tahun 2025. - DagangNews.com