KUALA LUMPUR 29 Nov - Farm Fresh Bhd diyakini terus mencatatkan perkembangan dipacu peningkatan permintaan dibantu kos input yang rendah.
RHB Investment berkata, margin untung kasar kumpulan akan terus meningkat pada suku hadapan didodorng susu mentah farmgate yang berkos rendah selain harga susu tepung keseluruhan yang menggalakkan berjaya diperoleh sehingga Mei 2025.
Katanya, sumbangan yang semakin meningkat daripada aiskrim, malt coklat dan produk susu dewasa seharusnya memberikan sokongan kepada margin itu dan memacu pertumbuhan jualan pada masa hadapan.
"Selain mengembangkan portfolio produk ais krim dan coklat malt, pelancaran produk baharu utama lain dalam perancangan termasuk mentega untuk mengukuhkan lagi tawaran dalam segmen Horeca (hotel, restoran dan kafe) dan susu kultur bagi membina ekuiti jenama dalam pasaran produk kanak-kanak.
"Sementara itu, kumpulan itu telah berjaya memulakan operasi di unit pengeluaran Filipinanya mengikut rancangan, selepas mewujudkan kehadiran dan membina jenama di sana melalui import lebih awal," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan "beli" dengan harga sasaran (TP) RM2.11 sesaham.
ARTIKEL BERKAITAN: Farm Fresh isytihar dividen satu sen sebagai pendapatan 2Q dua kali ganda, untung naik 105% kepada RM26.18 juta
Sementara itu, TA Securities berkata, produk baharunya, Farm Fresh Choco Malt, yang dilancarkan pada Julai 2024, menerima sambutan positif dan menyumbang secara bermakna kepada hasil kumpulan sejak beberapa bulan lalu.
Katanya, kumpulan itu sedang berbincang dengan 99 Speedmart bagi memperkenalkan produk itu, dengan rancangan untuk ketersediaan menjelang bulan depan atau awal Januari 2025.
Firma penyelidikani itu berkata, dengan pasaran minuman coklat malt bernilai RM1 bilion, kumpulan itu menyasarkan untuk menguasai 10% bahagian pasaran, yang akan diterjemahkan kepada RM100 juta dalam hasil pada masa hadapan.
"Pengurusan menunjukkan kira-kira 35% daripada pekerja kumpulan terjejas oleh semakan dalam gaji minimum. Kumpulan itu menganggarkan kos tambahan kakitangan tahunan sebanyak RM2.3juta, dengan RM2.2juta diagihkan kepada kakitangan dan RM120,000 kepada kakitangan Sin Wah.
"Peningkatan ini menyumbang 0.3% daripada jumlah kos jualan kumpulan pada FY25," katanya.
Firma penyelidikan itu menyemak turun penarafan kepada "pegang" daripada "beli" dengan harga sasaran (TP) RM1.97 sesaham. - DagangNews.com