KUALA LUMPUR 19 Nov - Hextar Global Bhd menjangkakan harga racun herba meningkat dalam masa terdekat, selepas mencatat kenaikan keuntungan bersih pada 28%, berikutan pertumbuhan segmen kimia.
Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat agro-kimia itu mencatat untung bersih tiga bulan berakhir 30 September 2024 (3QFY2024) sebanyak RM19.70 juta, berbanding RM15.39 juta pada suku yang sama tahun lepas.
"Segmen mengkhususkan kimia mampu mengurangkan margin segmen pertanian.
"Bagaimanapun, prestasi segmen pertaniannya dijangka berada pada tahap yang sama dengan segmen kimia, memandangkan harga produk racun herba dijangka stabil dan kami meramalkan pergerakan kenaikan harga yang positif pada masa terdekat," katanya.
Hextar mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 8 sen bagi satu saham biasa.
Hasil bagi suku tersebut meningkat 38.27% kepada RM252.96 juta, daripada RM182.93 juta pada suku yang sama.
Sementara itu, bagi sembilan bulan pertama tahun ini, Hextar melaporkan kenaikan 46.97% dalam keuntungan bersih kepada RM51.01 juta, serta lonjakan 53.39% dalam hasil sebanyak RM698.19 juta, berbanding RM455.15 juta dalam tempoh yang sama.
Katanya, peningkatan hasil ini didorong oleh musim durian segmen buah-buahan yang baru diperoleh, yang menyumbang sebanyak RM154.1 juta, bersama-sama dengan sumbangan segmen kimia khusus sebanyak RM109 juta manakala segmen pertanianan stabil.
"Kami telah menyediakan rancangan untuk mengukuhkan kedudukan kami di pemasaran dengan pengambilan baharu pasukan jualan dan teknikal yang berpengalaman.
“Tumpuan pada 2024 adalah untuk berkempen secara agresif di pasaran luar negara, kerana usaha yang dilaksanakan pada 2023 telah memberikan hasil yang positif. Kami menjangkakan hasil yang dipertingkatkan pada tahun akan datang,” katanya. - DagangNews.com