Infoline Tec diluluskan oleh Bursa Malaysia berpindah ke Pasar Utama dari Pasaran ACE | DagangNews Skip to main content

Infoline Tec diluluskan oleh Bursa Malaysia berpindah ke Pasar Utama dari Pasaran ACE

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 18 Nov - Bursa Securities meluluskan pemindahan keseluruhan modal saham terbitan Infoline Tec Group Bhd daripada Pasaran ACE ke Pasaran Utama.

 

Kelulusan itu menyaksikan Infoline Tec diklasifikasikan semula di bawah sektor teknologi Pasaran Utama, katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia. 

 

Pemindahan itu akan berkuat kuasa dua hari pasaran selepas pengumuman rasmi dibuat kepada Bursa Malaysia.

 

Langkah itu menandakan peristiwa penting dalam trajektori pertumbuhan Infoline Tec, mencerminkan peningkatan kematangan dan kesediaannya untuk penyertaan pasaran yang lebih luas, tambahnya.

 

Infoline Tec, penyedia perkhidmatan infrastruktur dan keselamatan siber IT, telah disenaraikan di Pasaran ACE pada 13 Julai 2022.

 

Kumpulan itu melihat potensi dalam peningkatan penggunaan teknologi, terutamanya dalam kalangan perusahaan besar dan sederhana yang menjalani transformasi digital, yang akan memacu pelaburan besar dalam infrastruktur IT dan keselamatan siber, kata ketua pegawai eksekutifnya Choo Wei Chuen dalam satu kenyataan sebelum ini.

 

Beliau menambah, apabila pergantungan kepada infrastruktur IT berkembang, permintaan untuk kepakaran dan perkhidmatan kumpulan juga akan meningkat. - DagangNews.com