KUALA LUMPUR 6 Dis - Island Hospital diramal menyumbang 20% pendapatan kepada IHH Healthcare Bhd pada 2025 didorong unjuran perkembangan positif pada tahun hadapan, kata RHB Investment.
Katanya, aset kumpulan itu di Pulau Pinang akan terus menyumbang secara positif kepada pendapatan operasi di Malaysia dipacu kemajuan sektor pelancongan kesihatan yang sedang berkembang di negeri itu.
Firma penyelidikan itu terkejut dengan peranan perintis Island Hospital sebagai hospital peancongan kesihatan teratas di Pulau Pinang.
"Campuran pesakit asing ke tempatan sebanyak 60:40 merupakan bukti utama untuk menyediakan hasil pesakit terbaik dalam kelasnya untuk pelancong penjagaan kesihatan.
"Memandangkan jarak antara hospital itu dan Hospital Gleneagles Pulau Pinang yang berhampiran, pihak pengurusan melihat peluang yang mencukupi untuk memindahkan sebahagian daripada pesakit intensiti tinggi ke Island Hospital memandangkan kadar penghunian katil (BOR) GHPG sudah berada pada 80%," katanya dalam atu nota kajian, hari ini.
RHB Investment berkata, Pulau Pinang bukan sahaja destinasi pelancongan utama, tetapi juga lokasi pelancongan kesihatan terbaik di Malaysia.
Katanya, sebelum pandemik COVID-19, Pulau Pinang menjana pendapatan sebanyak RM750 juta, menyumbang 45% daripada hasil pelancongan perubatan negara.
"Faktor utama Pulau Pinang menjadi destinasi pelancongn perubatan utama ialah persamaan budayanya dengan Medan, Indonesia (majoriti penduduk di kedua-dua kawasan adalah keturunan pendatang dari Fujian, China, dan bertutur dalam dialek Hokkien).
"Ini adalah tambahan kepada jarak perjalanan yang singkat antara kedua-dua bandar, serta ketersediaan hotel mesra pelancong perubatan," katanya.
Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan "beli" pada harga sasaran (TP) RM9.10 sesaham. - DagangNews.com