Kerajaan jual baki enam pesawat F-5 TUDM setelah dapat kelulusan Amerika Syarikat | DagangNews Skip to main content

Kerajaan jual baki enam pesawat F-5 TUDM setelah dapat kelulusan Amerika Syarikat

Pesawat pejuang F-5 pernah menjadi tulang belakang pertahanan negara.
Oleh Zaki Salleh

KUALA LUMPUR 16 Dis - Kerajaan bersetuju melupuskan pesawat pemintas dan pejuang Northrop F-5 yang pernah menjadi tulang belakang pertahanan negara secara kaedah pertukaran barter (barter trade).

 

Baki 6 buah pesawat ini masih dalam simpanan daripada keseluruhan 24 buah pesawat F-5 pelbagai jenis yang pernah dioperasikan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

 

Menurut laporan laman media pertahanan Air Times News Network, perkara itu dimaklumkan Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam penyataan lisan di Dewan Negara pada Jumaat.

 

 

Kaedah pelupusan ini telah dicadangkan oleh Mindef dan mendapat kelulusan Kementerian Kewangan baru-baru ini. 

 

Ini termasuk menjadikan pesawat sebagai monumen, alat bantuan mengajar dan dijadikan stok alat ganti tertentu bagi peralatan yang masih berfungsi. 

 

Pada masa ini, pesawat-pesawat tersebut berada di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang.

 

Laporan itu juga menyebut, beberapa tawaran pembelian daripada syarikat luar negara juga turut diterima bagi pesawat ini.

 

Bagaimana pun, proses pelupusan atau penjualan harus dilakukan dengan teliti dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan kelulusan Amerika Syarikat (AS).

 

Ini berdasarkan perjanjian yang telah dimeterai semasa perolehan pesawat berkenaan 52 tahun lalu.

 

 

Pesawat
Varian RF-5E Tigereye.

 

Pesawat

 

 

Kerajaan Malaysia pada tahun 1972 membeli pesawat Northrop F-5 yang merupakan pesawat pejuang ringan paling moden pada masa sama itu melibatkan kos sebanyak USD39.24 juta.

 

Pembelian tersebut menjadikan Malaysia negara pertama di rantau ini yang memiliki pesawat pejuang supersonik sekali gus memodenkan angkatan udaranya.

 

AS meluluskan penjualan tersebut disebabkan kebimbangan terhadap teori domino ancaman komunis berikutan kejatuhan kerajaan Vietnam Selatan dalam Perang Vietnam.

 

TUDM mengoperasikan pelbagai varian F-5 termasuk F5B, F-5E/F dan RF-5E yang diterima secara berperingkat sehingga tahun 1983.

 

RF-5E merupakan pesawat peninjau yang dilengkapi dengan kamera.

 

 

Pesawat
Pesawat F-5TH Thailand.

 

Pesawat

 

Thailand kemudian membeli 2 pesawat F-5B TUDM bagi tujuan latihan.

 

Khidmat F-5 dihentikan setelah TUDM menerima pesawat MiG-29N dan F/A-18D Horner pada tahun 1985 tetapi diaktifkan kembali 8 tahun kemudian sehinggalah skuadron F-5 terakhir digantung.

 

Sepanjang tempoh operasi TUDM kehilangan 5 buah pesawat F-5 apabila terbabit dalam nahas udara.

 

Negara juga pernah dikejutkan dengan isu penjualan enjin pesawat F-5 apabila 2 enjin J85-21 yang digunakan pada pesawat tersebut hilang.

 

Kehilangan enjin ini dilaporkan pada 20 Disember 2007 dan 1 Januari 2008 di 2 pusat TUDM dan dihantar ke sebuah premis di Subang Jaya.

 

 

Pesawat

 

Enjin itu dilaporkan dijual di pasaran gelap untuk sebuah syarikat Amerika Selatan.

 

Enjin kemudian ditemui di Uruguay di mana Malaysia meminta bantuan kerajaan Uruguay di bawah Bantuan Bersama dalam Jenayah Akta Perkara untuk mengesan enjin tersebut.

 

Di rantau ini, Thailand masih mengoperasikan 14 pesawat F-5 yang telah dinaik taraf dan dikenali sebagai varian F-5TH Super Tigris. - DagangNews.com