Kerajaan perlu laksanakan penggantian kapal FAC, elak nahas KD Pendekar berulang | DagangNews Skip to main content

Kerajaan perlu laksanakan penggantian kapal FAC, elak nahas KD Pendekar berulang

Nahas KD Pendekar disebabkan faktor usang dan ketahanan kapal perlu membuka mata kerajaan.
FOKUS BERITA oleh ZAKI SALLEH

Negara jiran Indonesia kelmarin menyempurnakan majlis pemotongan keluli pertama bagi kapal serang laju terbarunya, KCR-70M yang dihasilkan oleh syarikat Turkiye, TAIS di Limbungan Şefine.

 

Turkiye akan membina 2 buah KCR-70M ini untuk Indonesia.

 

Kapal berukuran 70 meter (m) panjang ini mempunyai kelajuan 40 knot dengan dikuasakan dengan 3 jet air dan 2 enjin diesel, manakala keupayaan beroperasi selama 7 hari bersama 43 kru.

 

Persenjataan utama kapal ialah meriam 76mm, sistem peluru berpandu antikapal dan mesingan automatik CIWS 12.7mm.

 

Kapal
Rekabantuk kapal KCR-70M terbaru Indonesia.

 

Kapal

 

Sebelum ini, Indonesia telah memiliki 14 buah kapal serang laju iaitu 6 jenis KCR-60M dan 8 KCR-40M yang dibina oleh syarikat tempatan.

 

Angka 60 dan 40 merujuk kepada saiz kapal perang iaitu 60m dan 40m.

 

Kapal-kapal jenis ini khusus untuk rondaan di dalam wilayah maritim Indonesia.

 

Apa yang dilakukan oleh kerajaan Indonesia ini menunjukkan iltizam untuk memperkasa keupayaan tentera laut republik itu memandangkan ia memiliki wilayah maritim yang luas.

 

Sebaliknya, berbeza di sini apabila kita terus berduka dengan insiden kapal serang laju (FAC) KD Pendekar.

 

Kapal

 

Kapal

 

Laporan Lembaga Siasatan TLDM yang dipaparkan pada laman media rasmi pasukan tersebut menyebut kejadian berpunca kesilapan kapal menyebabkan kapal terlanggar Terumbu Pungai.

 

Faktor keusangan kapal yang berusia 45 tahun telah menyukarkan kawalan kebanjiran berikutan kelemahan struktur badan kapal.

 

Ini mempercepatkan kebanjiran merebak ke bahagian-bahagian lain.

 

Laporan Lembaga Siasatan TLDM ini wajar membuka mata semua pihak supaya keselamatan kru diutamakan.

 

Dalam insiden pada 25 Ogos lalu, kapal berkenaan karam ketika melaksanakan rondaan operasi. 

 

Kapal
Era kapal FAC dengan teknologi berusia 45 tahun telah berakhir.

 

Insiden berlaku apabila kapal menghadapi gegaran kuat diikuti kebanjiran besar semasa menghampiri pesisir pantai untuk melakukan pemeriksaan teknikal. 

 

Tenggelamnya kapal KD Pendekar merupakan satu perkara yang sangat dibimbangi kerana isu berhubung aset-aset berusia atau usang TLDM ini telah banyak kali diperkatakan.

 

Keseluruhannya TLDM memiliki 14 kapal FAC yang lahir semasa era pemodenan TLDM pada dekad 70an yang mana aset ini diperolehi sesuai dengan teknologi pada masa itu.

 

Hari ini rekabentuk dan kebolehan kapal-kapal FAC yang berusia 45 tahun sebenarnya telah ketinggalan zaman.

 

Singapura misalnya telah 16 tahun menamatkan kapal-kapal jenis FAC, manakala kapal peronda kelas PC Singapura pula sejak 1998.

 

Kapal
Singapura telah menggantikan kapal-kapal FAC dengan kapal peronda generasi baharu.

 

Kapal

 

Secara logiknya, proses penggantian kebanyakan kapal perang oleh mana-mana angkatan laut dibuat apabila kapal tersebut telah memasuki usia 25 tahun.

 

Ini merupakan tempoh sesuai dengan jangkaan pembelian atau penerimaan kapal baharu boleh dibuat dalam tempoh 10 tahun.

 

Jika proses ini dilakukan, bermakna kapal pengganti akan diterima tidak lewat daripada tempoh tersebut serta mempunyai masa yang cukup sebelum kapal dibersarakan.

 

Kita percaya TLDM mempunyai perancangan sedemikian, tetapi malangnya pelaksana tidak berlaku sepertimana dirancang.

 

Projek kapal-kapal NGPV yang dimulakan pada tahun 1998 sepatutnya bagi menggantikan skuadron kapal-kapal kelas PV sebelum diikuti kapal FAC.

 

Kapal
Indonesia membeli 14 buah kapal serang laju baharu bagi melaksanakan rondaan di zon maritim.

 

Kapal

 

 

Kapal
KD Pendekar.

 

Apabila projek NGPV berdepan skandal dan tidak mengikut jadual, cadangan membina 27 buah kapal kesemuanya diubah.

 

Umpama jatuh ditimpa tangga, nasib TLDM bertambah parah apabila projek kapal tempur pesisir (LCS) juga gagal lalu memanjangkan tempoh menunggu bagi mendapatkan kapal baharu.

 

Bagaimana pun, nahas KD Pendekar perlukan satu keputusan segera kerajaan khususnya Kementerian Pertahanan agar tidak dipersalahkan jika berlaku insiden serupa pada masa hadapan.

 

Dengan membuat kiraan secara kasar, kerajaan sekurang-kurangnya perlu membelanjakan RM2 bilion untuk membeli 6 buah kapal peronda.

 

 

Kapal
Rekabentuk dan teknologi kapal FAC era kini lebih canggih menepati dengan keperluan semasa.

 

 

Kos ini bagaimana pun boleh bertambah atau kurang bergantung kepada sistem pada kapal termasuk persenjataan.

 

Jika isu kewangan kerap dijadikan alasan, ia sebenarnya tidak ternilai sekiranya dibandingkan dengan keperluan untuk meningkatkan keselamatan kru dan aset maritim negara. - DagangNews.com