Latar, syarikat sekutu Bina Puri menang RM46 juta dalam kes timbang tara terhadap Prolintas | DagangNews Skip to main content

Latar, syarikat sekutu Bina Puri menang RM46 juta dalam kes timbang tara terhadap Prolintas

KUALA LUMPUR 15 Nov - Bina Puri Holdings Bhd berkata syarikat bersekutunya KL-Kuala Selangor Expressway Bhd (Latar) memenangi kes timbang tara terhadap Prolintas Expressway Sdn Bhd dan telah dianugerahkan RM46.13 juta.

 

Dalam makluman di Bursa Malaysia, Bina Puri berkata ia menerima anugerah akhir penghakiman tribunal timbang tara pada 7 Nov, yang mengarahkan Prolintas membayar jumlah itu dengan faedah kepada Latar.

 

Bina Puri memfailkan prosiding timbang tara di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia pada 19 Julai 2019 selepas Prolintas enggan membayar atau membayar balik Latar di bawah perjanjian penyelarasan dan perkongsian kos yang dimeterai antara kedua-dua pihak.

 

Latar hendaklah memohon untuk menguatkuasakan award timbang tara dan pengumuman yang diperlukan akan dibuat dalam masa terdekat, katanya.

 

Saham Bina Puri ditutup setengah sen atau 1.6% lebih rendah pada 30 sen, memberikannya permodalan pasaran RM202 juta. - DagangNews.com