PAC siasat Khazanah, PNB berhubung kerugian pelaburan FashionValet sebanyak RM43.9 juta | DagangNews Skip to main content

PAC siasat Khazanah, PNB berhubung kerugian pelaburan FashionValet sebanyak RM43.9 juta

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 7 Nov - Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan mulakan siasatan berhubung gabungan kerugian RM43.9 juta daripada pelaburan Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dalam FashionValet. 

 

Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, wakil daripada kedua-dua syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) akan dipanggil ke prosiding itu yang dijangka berlangsung pada minggu kedua Disember.

 

{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/7434462315669409031.jpg?itok=X7W5MGfl","video_url":"https://www.tiktok.com/@dagangnews/video/7434462315669409031?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7239999029697168898","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}

 

Dalam jawapan bertulis parlimen yang diterbitkan pada 29 Oktober 2024, Kementerian Kewangan berkata Khazanah melabur RM27 juta dalam FashionValet pada 2018, manakala PNB melabur RM20 juta. 

 

Kedua-dua syarikat itu menjual pegangan gabungan mereka dengan harga RM3.1 juta pada 2023 kepada NXBT Partners Sdn Bhd.

 

PAC
Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin

 

Kedua-dua GLIC kemudian mempertahankan pelaburannya dalam FashionValet, menjelaskan ia sejajar dengan gesaan kerajaan pada masa itu agar GLIC menyokong syarikat Bumiputera berpotensi tinggi dalam ekonomi baharu. 

 

Dalam pada itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menjalankan siassatan terhadap kedua-dua pengasas FashionValet Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar.

 

Pasangan itu mula-mula merekodkan kenyataan mereka pada Selasa lepas, menghabiskan hampir lapan jam bersama SPRM, dan telah dipanggil semula untuk disoal siasat pada hari ini.

 

Pegawai SPRM telah menggeledah rumah mereka semalam dan merampas beberapa barangan termasuk 11 beg tangan dan satu jam tangan mewah.

 

Akaun bank peribadi dan syarikat pasangan itu yang dikatakan bernilai RM1.1 juta, telah dibekukan sementara menunggu siasatan.- DagangNews.com

 

{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/939XDhK1r5Q.jpg?itok=Lg_ocD8K","video_url":"https://youtu.be/939XDhK1r5Q","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}