KUALA LUMPUR 18 Nov - Pelabur asing terus menjadi penjual di Bursa Malaysia pada minggu lalu dengan jumlah yang lebih kecil, iaitu RM259.8 juta ekuiti tempatan.
MIDF Research berkata, mereka telah menjadi penjual bersih sepanjang minggu lepas dengan jumlah terbanyak pada hari Isnin iaitu RM104.04 juta.
Pelabur asing menjual bersih sejumlah RM67.6 juta pada Khamis.
Pada hari Selasa, Rabu dan Jumaat, pelabur asing menjual bersih masing-masing sebanyak RM17.2 juta, RM46.6 juta and RM24.1 juta.
"Sektor yang mempunyai aliran masuk asing bersih tertinggi minggu lepas ialah perladagan (RM72.9 juta), penjagaan kesihatan (RM64 juta) dan hartanah (RM29 juta), manakala sektor yang mempunyai aliran keluar asing bersih tertinggi ialah pengangkutan dan logistik (RM120.2 juta), utiliti (RM98.5 juta) dan produk dan perkhidmatan penguna (RM79.2 juta)," katanya dalam satu nota penyelidikan, hari ini.
Katanya, berbanding dengan pelabur asing, institusi tempatan menjadi pembeli bersih ekuiti Malaysia untuk minggu keempat berturut-turut, dengan mencatatkan pembelian bersih sebanyak RM207.7 juta minggu lepas.
"Mereka menjual bersih dengan jumlah kecil iaitu RM1.4 juta pada Selasa tetapi merupakan pembeli bersih untuk sepanjang minggu.
"Pelabur runcit tempatan adalah pembeli bersih minggu lepas pada RM52.1 juta walaupun menjual bersih sebanyak RM26.8 juta pada Rabu," katanya. - DagangNews.com