KUALA LUMPUR 21 Jan - Malakoff Corporation Bhd bakal menyaksikan prestasi kewangan suku keempat yang lebih lemah akibat kerugian margin bahan api disebabkan kejatuhan harga arang batu, kata AmInvestment.
Firma penyelidikan itu berkata, harga arang batu yang rendah mungkin mendorong kumpulan menempah lebih banyak peruntukan.
Katanya, jumlah peruntukan semasa kumpulan berjumlah RM20 juta yang direkodkan pada suku ketiga berakhir 30 September 2024 itu mungkin tidak mencukupi .
"Tuntutan insurans juga menyumbang sebahagian besar dalam keuntungan suku ketiga kumpulan.
"Oleh itu, kami menjangkakan Malakoff mencatat untung bersih yang lebih lemah pada suku keempat berbanding suku yang lepas," katanya dalam satu nota penyelidikan, hari ini.
AmInvestment mengekalkan saranan "tahan" ke atas saham Malakoff dengan harga sasaran (TP) pada 88 sen.
Harga arang batu Newcastle, penanda aras global untuk arang batu yang digunakan dalam penjanaan kuasa merosot sebanyak 21.6% kepada AS$120 (RM537) setan pada suku keempat akibat permintaan lemah dan lebihan bekalan di China.
Pengeluar kuasa seperti Malakoff biasanya membeli arang batu di bawah kontrak jangka panjang dan perlu mencatatkan nilai simpanan yang mereka kekalkan apabila harga pasaran arang batu jatuh mendadak di bawah kos inventori mereka.
Pada suku ketiga, Malakoff turut menerima RM70 juta sebagai rumusan tuntutan insurans akhir ke atas kegagalan bilah turbinnya yang berlaku pada November 2021, yang membantu syarikat itu kembali menjana keuntungan bersih sebanyak RM58.75 juta.
Malakoff mencatat keuntungan 40% pada 2024 di Bursa Malaysia didorong oleh keyakinan terhadap pertumbuhan permintaan tenaga, walaupun harga sahamnya jatuh pada suku akhir tahun itu.
Penganalisis ini berpendapat berbeza sama ada pelabur perlu terus membeli saham, dengan tujuh menetapkan saranan 'beli', lima meletakkan saranan 'tahan' dan tiada panggilan 'jual'.
TP purata saham Malakoff ialah RM1.02, menurut Bloomberg, membayangkan potensi pulangan sedikit di bawah 10% dalam tempoh 12 bulan akan datang.
Walaubagaimanpun, penganalisis menjangkakan Malakoff melaporkan keuntungan bersih RM283.7 juta bagi 2024, pemulihan ketara daripada kerugian bersih RM837.2 juta dicatat oleh kumpulan pada 2023. - DagangNews.com