Public Packages catat untung bersih RM10.7 juta, naik 13.1% pada 3QFY24 dibantu oleh dividen pelaburan | DagangNews Skip to main content

Public Packages catat untung bersih RM10.7 juta, naik 13.1% pada 3QFY24 dibantu oleh dividen pelaburan

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 18 Nov - Public Packages Holdings Bhd (PPHB) mencatat kenaikan 13.1% dalam keuntungan bersih kepada RM10.7 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September 2024 (3QFY24) didorong oleh hasil kawalan kos dan pendapatan dividen daripada aktiviti pelaburan.

 

Pembekal pembungkusan berkata, peningkatan untung bersih itu dibandingkan dengan keuntungan bersih RM9.5 juta dalam tempoh yang sama pada tahun lepas.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, PPHB berkata, ia akan terus memanfaatkan usaha pemasarannya dan melaksanakan strategi bagi mengukuhkan kedudukannya.

 

Ia juga akan terus meningkatkan kecekapan dan keberkesanan operasinya di tengah-tengah tekanan inflasi.

 

Di samping itu, PPHB melaporkan peningkatan 3.2% mewakili hasil kepada hampir RM54.0 juta bagi suku itu.

 

Katanya, bahagian pembuatan syarikat itu yang membawa masuk kira-kira 80% daripada hasil dan keuntungannya, menyaksikan peningkatan hasil hampir 8% kepada RM10.9 juta bagi suku tersebut.

 

Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2024, PPHB mencatat peningkatan 13.1% dalam keuntungan bersih kepada RM30.6 juta hasil dibantu oleh gabungan produk yang menggalakkan dan langkah kos terkawal. 

 

PHBB berkata, syarikat mampu mencecah prestasi tersebut walaupun menyaksikan penurunan hasil sebanyak 1.8% kepada RM152.7 juta akibat pengurangan sumbangan bahagian pembuatan.- DagangNews.com