T7 Global raih kontrak daripada Jadestone Energy, sediakan perkhidmatan penyelenggaraan luar pesisir | DagangNews Skip to main content

T7 Global raih kontrak daripada Jadestone Energy, sediakan perkhidmatan penyelenggaraan luar pesisir

Gambar hiasan dari laman web rasmi T7 Global
Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 2 Dis - T7 Global Bhd menerima kontrak daripada Jadestone Energy (Malaysia) Pte. Ltd V bagi menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan luar persisir Pan Malaysia, pembinaan, pengubahsuaian (MCM) dan perkhidmatan hook-up & pentauliahan (HUC) Pakej B3. 

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, T7 Global berkata, anak syarikat milik penuhnya, Tanjung Offshore Services Sdn Bhd menerima surat anugerah (LoA) pada 17 Oktober 2024. 

 

"Kerja-kerja yang tertakluk dalam kontrak itu dijangka bermula pada 17 Oktober 2024 sehingga 16 Oktober 2029. 

 

“Kontrak lima tahun itu juga memberi pilihan tiga tahun untuk pilihan lanjutan pertama dan dua tahun untuk pilihan lanjutan kedua," katanya.

 

Penyedia rumusan tenaga itu berkata, kontrak tersebut tidak akan memberi kesan ke atas jumlah modal saham terbitan dan pegangan saham pemegang saham utama syarikat.

 

"Lembaga pengarah menjangkakan peruntukan kontrak akan menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dan seterusnya sehingga tamat kontrak," katanya. - DagangNews.com