KUALA LUMPUR 29 Nov - Velesto Energy Berhad (Velesto) mengumumkan penangguhan kontrak bagi Naga 8 berikutan penyelesaian awal program penggerudian.
Velesto melihat situasi itu sebagai peluang untuk mempercepatkan Kajian Berkala Khas bagi Naga 8.
"Pendekatan tersebut membolehkan Naga 8 memanfaatkan peluang lain yang sedang diusahakan oleh kumpulan," jelas Velesto dalam satu kenyataan.
Velesto terus komited untuk mengejar peluang tender di pasaran domestik dan serantau yang masih berlangsung bagi Naga 8 dan pelantar-pelantar lain dalam armada mereka.
"Dengan tender semasa bernilai RM5.4 bilion, kumpulan kekal yakin dengan keupayaan untuk terus memberi nilai kepada pihak berkepentingan," ujarnya.
Buku pesanan kumpulan yang kukuh, berjumlah RM0.9 bilion, akan menyokong kestabilan kewangan mereka sehingga 2026.
Naga 2, Naga 4 dan Naga 6 akan terus beroperasi di bawah kontrak sehingga suku pertama 2026, memastikan kelangsungan operasi dan kestabilan dalam penggunaan pelantar. - DagangNews.com