KUALA LUMPUR 14 Julai - Kenderaan SUV elektrik sepenuhnya Tesla Inc, Model Y, kini boleh ditempah di Malaysia, bermula daripada RM199,000.
Dalam satu kenyataan hari ini, Tesla berkata bahawa Model Y boleh didapati dalam tiga varian: Model Y (Pacuan roda belakang), Model Y Long Range (RM246,00) dan Model Y Performance (RM288,000).
Ia berkata anggaran tarikh penghantaran adalah pada awal 2024.
Tesla berkata sebagai sebahagian daripada komitmen Malaysia untuk menggalakkan penggunaan mobiliti rendah karbon dan menyokong pembangunan industri kenderaan elektrik (EV), pelanggan boleh menikmati pengecualian duti import dan eksais penuh untuk kenderaan elektrik Tesla pelepasan sifar yang baru didaftarkan (EV terbina sepenuhnya), bersama-sama dengan 100% pengecualian cukai jalan.
Pemilik Tesla juga boleh menuntut pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 ke atas perbelanjaan yang berkaitan dengan kos pemasangan, penyewaan, pembelian, termasuk peralatan sewa beli atau yuran langganan untuk kemudahan pengecasan EV, untuk tahun taksiran 2023. - DagangNews.com