Di Malaysia gerakan koperasi telah bermula di Malaysia sejak 1922 dan telah mencapai 100 tahun. Mula diperkenalkan oleh Sir Arthur Young di Negeri-Negeri Tanah Melayu pada tahun 1907 dari melihat kejayaan gerakan di Cyprus.
Pada 23 Jun 1921, Sir Alexander Cavendish telah dihantar ke Myanmar untuk mengkaji kaedah yang sesuai untuk memperkenalkan koperasi di Malaya dan laporan di bentang pada 12 Disember 1921 untuk perbahasan.
Koperasi PERTAMA didaftarkan iaitu Syarikat Bekerjasama-sama Jimat Cermat dan Pinjaman Wang Pekerja-Pekerja Jabatan Pos dan Telekom Berhad. Koperasi ini masih aktif sehingga kini dengan nama Koperasi Telekom Malaysia Berhad (KOTAMAS) dan Koperasi pos Nasional Berhad (KOPONAS). Dengan koperasi sekolah pada tahun 1965.
Semakin berkembang pesat hingga mencatatkan bilangan koperasi berdaftar buat masa ini sebanyak 14,834 buah dengan seramai 7.1 juta keanggotaan di seluruh negara.
Gerakan koperasi juga mempunyai modal saham dan yuran terkumpul sebanyak RM16.5 bilion, dengan aset berjumlah RM155 bilion serta perolehannya mencecah RM37.9 bilion.
Di Sarawak pula, terdapat 1,077 buah koperasi berdaftar dengan keanggotaan seramai 264,155 orang.
Selepas wujud 100 tahun, gerakan koperasi semakin penting dalam menjana ekonomi negara dengan model perniagaan tersendiri.
Gerakan koperasi pada tahun 2019 menjana pendapatan berjumlah RM45.7 bilion. Ini dengan purata pertumbuhan pendapatan setiap tahun meningkat sebanyak 3.97 peratus dari 2014 hingga 2019.
Walau Dasar Koperasi Negara (DKN) 2011-2020 menyasarkan peningkatan sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencapai 10 peratus menjelang 2020 tetapi sumbangan koperasi kepada KDNK hanya antara tiga peratus hingga empat peratus sahaja.
Sumbangan tersebut masih rendah jika dibandingkan dengan negara-negara jiran seperti Jepun, Thailand dan Vietnam. Begitu pun gerakan koperasi masih memiliki ruang yang signifikan dan terbuka untuk berkembang dari segi nilai.
SKM telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi bagi memastikan momentum perniagaan koperasi kembali stabil dalam masa setahun selain membantu sektor tersebut kekal menjana pendapatan.
Termasuk Inisiatif lain memudahkan permohonan pembiayaan tanpa cagaran menerusi Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (TMP-SKM) yang membiayai sebanyak RM5.11 juta bagi 104 buah koperasi sehingga 16 November 2020.
Bantuan secara tidak langsung dapat membantu memulihkan ekonomi negara pasca pandemik COVID-19 dan kemelesetan ekonomi,
Terdapat sumbangan ekonomi melalui gerakan koperasi dijana oleh enam bidang keberhasilan utama merangkumi perkhidmatan kewangan, pemborongan dan peruncitan, pelancongan, penjagaan diri dan kesihatan, pertanian industri asas tani, perladangan dan pembangunan hartanah.
Boleh dipertingkatkan apabila kesedaran dan minat menyertai koperasi, menjadi satu gaya hidup yang akan menyumbang kepada kemakmuran sosio-ekonomi negara. Seperti gerakan koperasi di Jepun yang diletakkan di bawah Japanese Consumer Cooperative Union (JCCU).
JCCU merupakan gabungan 572 koperasi pengguna dan dianggotai oleh 22 juta orang berjaya mencatat keuntungan sebanyak RM2.6 bilion pada tahun 2021.
JCCU juga bukan sekadar menguasai segmen pasaran dengan membekalkan barangan keperluan harian tetapi mampu menawarkan persekitaran yang lestari kepada komuniti setempat. Boleh koperasi memainkan peranan utama dalam menggerakkan ekonomi dan membantu negara menghadapi cabaran kos sara hidup yang mencabar.
Dalam pada itu Perdana Menteri merasmikan Bulan Koperasi Kebangsaan 2022 (BKK 22) di Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC) di Kuala Lumpur.
Sebagai pengiktirafan kerajaan kepada gerakan koperasi atas peranan dan sumbangan dalam usaha pembangunan sosioekonomi negara. Dapat mempromosikan dan menghebahkan kepada masyarakat tentang gerakan koperasi.
Buat julung kali dan istimewa kita meraikan 100 tahun usia koperasi sejak mula diperkenalkan pada 1922.
Tema yang dipilih, ‘100 Tahun Gerakan Koperasi, Membangun Keluarga Malaysia’ adalah cukup tepat disamping mewujudkan Aspirasi Koperasi Malaysia bagi menggariskan peranan serta tanggungjawab Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) dengan lebih nyata kepada umum.
Koperasi adalah medan terbaik dalam membantu masyarakat terutama golongan B40 atau M40 yang terjejas akibat masalah ekonomi tidak menentu kesan daripada epidemik Covid-19. Dengan kepercayaan masyarakat terhadap sektor koperasi semakin bertambah baik dan menggalakkan.
Dengan permasalahan dan isu-isu yang dihadapi dengan wujudnya beberapa inisiatif seperti Pelan Transformasi Koperasi Malaysia 2021-2025 bagi memastikan sektor koperasi kekal relevan seiring peredaran zaman dan masa yang kian berubah.
Tidak lama lagi akan beroperasi Universiti Keusahawanan dan Koperasi Malaysia untuk memastikan gerakan koperasi mendapat pendidikan dan latihan secukupnya serta up-to-date.
Boleh dikatakan persepsi masyarakat terhadap koperasi hanyalah sebagai tempat untuk mendapatkan bantuan kewangan namun bidang perniagaan koperasi diperluaskan dengan penglibatan perniagaan berimpak tinggi adaptasi dalam pendigitalan dan media sosial.
Koperasi bukanlah organisasi yang boleh dipandang sebelah mata dengan memainkan peranan di pentas antarabangsa dan berkembang dengan pesat ke seluruh dunia merentasi benua-benua Asia, Afrika, Amerika dan Eropah.
Walau bagaimana pun, saya sebagai OKU merasa kesilapan penganjur di BKK 22 yang tidak langsung menyediakan kemudahan untuk OKU dan warga emas di MaTIC. Tiada satu pun kerusi roda dengan pergerakan terbatas oleh turun naik yang agak mencuram. Mungkin bukan kesalahan penganjur namun sudah berkali diadakan.
Tidak tahu kenapa tandas OKU dikunci dengan tandas di kawasan A bila petang dan tandas hanya untuk dua orang walau yang datang beribu-ribu. Saya sebagai OKU merasa sukar untuk ke surau yang tiada kerusi untuk OKU tidak boleh duduk dan terpaksa bersolat dalam kabin kawasan A tempat orang ramai.
Apalagi tempat mengambil wuduk di surau hanya air meleleh dengan tempat pakai letak sahaja. Keadaan surau tidak terjaga dengan tiada sejadah.
Saya merasakan pihak penganjur terlupa OKU yang mempunyai koperasi di BKK 22 dan mungkin hanya untuk manusia yang sempurna. Tiada OKU pun yang datang ke reruai saya di A38 kerana penganjur tidak menyediakan kemudahan.
Saya berharap setelah 65 tahun merdeka, kita lebih mengambil berat dengan menekankan kepada OKU yang dalam 15% dari warganegara dan mungkin lebih. Tidak menidakkan peranan OKU dalam membangunkan dan menyemarak masyarakat bagi menghadapi dunia global.
Saya masih bersedih di Kuala Lumpur, apalagi di bandar-bandar lain hanya beberapa peratus kemudahan disediakan seolah-olah OKU tidak wujud langsung! - DagangNews.com