KUALA LUMPUR 18 Ogos - TIME Dotcom Berhad mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM2.3 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2023 (6MFY23).
Kumpulan itu juga mencatatkan hasil disatukan sebanyak RM757.6 juta, pertumbuhan 8.5% dalam tempoh yang sama pada 2022.
Pertumbuhan hasil dipacu oleh segmen pelanggan Runcit dan Perusahaan manakala permintaan untuk penawaran datanya meningkat 13% sebanyak RM72.6 juta kepada RM641.1 juta.
Ketua Komander Time, Afzal Abdul Rahim berkata, prestasi kumpulan untuk separuh pertama 2023 banyak dipengaruhi oleh perkongsian strategik AIMS, yang berjaya dilaksanakan pada 20 April 2023.
Beliau berkata, hasil perkongsian strategik ini itu, mereka berada pada kedudukan yang baik untuk mempercepatkan rancangan pengembangannya untuk liputan rangkaian dan rangkaian produknya.
“Kumpulan gembira dengan prestasi separuh pertama 2023 dan kami yakin keputusan strategik ini akan terus membuahkan hasil untuk kumpulan dalam jangka masa panjang.
"Bagaimanapun, kami tetap berwaspada dan terus memerhatikan keadaan luaran yang mungkin memberi kesan kepada perniagaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Kumpulan komited untuk melabur dalam rangkaiannya, termasuk pengembangan jejak liputannya selain menambah baik kecemerlangan operasi untuk memberikan kebolehpercayaan rangkaian yang tinggi, ketersediaan dan keselamatan untuk pengalaman pelanggan tahap tertinggi.
Kumpulan itu secara berterusan memperhalusi strateginya untuk meraih peluang untuk mengukuhkan kedudukannya di seluruh segmen pelanggan runcit, perusahaan dan borongnya.- DagangNews.com