TNB-Glomac meterai pakatan strategik kongsi kepakaran dalam tenaga boleh diperbaharui
KUALA LUMPUR 8 Mei - Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang menerajui pelaksanaan peralihan tenaga negara, memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Glomac Technology Sdn Bhd (GTSB), anak syarikat pemaju hartanah, Glomac Berhad, baru-baru ini.
“MOU ini tepat pada masanya kerana kami melihat pelbagai potensi melalui kerjasama dengan TNB bagi membantu pelanggan di seluruh negara membuat peralihan yang lebih pantas ke arah penggunaan tenaga bersih.
"Anak syarikat kami, GTSB boleh menyediakan penyelesaian solar PV terapung kepada pelanggan yang mungkin tidak mampu memasang panel solar pada hartanah mereka, agar dapat membeli atau memajak sebahagian daripada kemudahan solar yang lebih besar dan tersedia di kawasan lain,” katanya.
Bisnes teras GTSB adalah menjurus kepada penyediaan kemudahan solar fotovoltaik (PV) terapung meliputi reka bentuk, pembuatan dan pemasangan panel solar pada pelantar terapung atau pontun atas air di kawasan takungan, tasik dan kolam. - DagangNews.com