TNB teruskan bacaan meter semasa Lockdown | DagangNews Skip to main content

TNB teruskan bacaan meter semasa Lockdown

 

KUALA LUMPUR 31 Mei - Tenaga Nasinal Berhad (TNB) akan meneruskan operasi pembaca meter dan Kedai Tenaga (KT) sepanjang penguatkuasaan Sekatan Pergerakan Penuh (total lockdown) fasa pertama selama dua minggu bermula 1 hingga 14 Jun ini.

 

Dalam kenyataan di sini, TNB menggariskan perkara berikut bagi memberi perkhidmatan kepada 9.5 juta pelanggannya :

 

1.      Pembacaan meter dan penyerahan bil fizikal berjalan seperti biasa bagi memastikan pengguna menerima bil sebenar dan bukan bil anggaran. Pembaca meter kami, seperti lazimnya akan mematuhi SOP sedia ada yang ditetapkan pihak berkuasa bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

 

2.      Operasi Kedai Tenaga (KT) dipendekkan tiga jam daripada 9:00 pagi hingga 4:00 petang kepada bermula 9 pagi sehingga 1 petang sahaja.

 

3.      Waktu operasi perkhidmatan kios layan diri di KT kami kekal dari jam 8.15 pagi hingga 8 malam. Kios kami akan disanitasi setiap 2 jam berbanding setiap 4 jam sebelum ini.

 

4.      Berikutan tempoh KT operasi dengan tempoh yang lebih pendek, operasi perkhidmatan khidmat pelanggan TNB CareLine dilanjutkan dua jam setiap hari dari jam 8 pagi hingga 7 petang berbanding sehingga 5 petang sebelum ini. Pelanjutan tempoh ini adalah untuk talian TNB Careline 1-300-88-5454 dan e-mel tnbcareline@tnb.com.my yang dikhususkan untuk pertanyaan berkaitan akaun dan bil.

 

5.      Untuk gangguan bekalan elektrik pula, para pengguna diminta menghubungi TNB CareLine di 15454 dan Facebook TNB CareLine yang kekal beroperasi 24 jam.

 

Walaupun KT masih dibuka sepanjang fasa pertama Sekatan Pergerakan Penuh ini, pengguna amat digalakkan untuk menggunakan kemudahan transaksi dalam talian TNB bagi sebarang urusan transaksi termasuk semakan dan pembayaran bil.

 

Transaksi ini boleh dibuat menerusi portal www.mytnb.com.my dan aplikasi myTNB agar dapat mengurangkan keperluan untuk transaksi secara bersemuka.

 

"TNB memohon maaf sekiranya penguatkuasaan waktu operasi baharu KT menyebabkan sebarang kesulitan.

 

"Inisiatif ini perlu dilaksanakan bagi membantu usaha pihak Kerajaan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19, selain mengutamakan dan mengekalkan kesihatan serta keselamatan warga kerjanya dan masyarakat," kata TNB. - DagangNews.com