Untung bersih Globaltec Formation melonjak kepada RM3 juta bagi 1QFY23 | DagangNews Skip to main content

Untung bersih Globaltec Formation melonjak kepada RM3 juta bagi 1QFY23

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 30 Nov - Untung bersih Globaltec Formation Berhad meningkat melebihi dua kali ganda kepada RM3 juta bagi 1QFY23 berbanding RM1.4 juta pada tahun sebelumnya disokong oleh prestasi cemerlang segmen perkhidmatan pembuatan bersepadu.

 

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, hasil bagi suku tahun meningkat kepada RM52.4 juta berbanding RM34.7 juta bagi suku sama tahun lalu disokong oleh  permintaan yang lebih tinggi dalam segmen IMS khususnya bahagian automotif yang mencatatkan peningkatan tiga kali ganda.

 

Pelaksanaan Pelan Pembangunan Kontrak Perkongsian Pengeluaran Tanjung Enim Coal Bed Methane (CBM) yang pertama sedang berjalan secara berperingkat dengan objektif untuk mencapai jualan gas awal.

 

Kumpulan itu menyasarkan pasaran yang kurang mendapat perkhidmatan seperti Sumatera Selatan, Indonesia yang akan membantu industri di sekitar untuk berhijrah secara beransur-ansur daripada menggunakan bahan api yang tidak mesra alam kepada tenaga bersih.

 

Pengerusi Eksekutif kumpulan, Tan Sri Goh Tian Chuan berkata, walaupun dalam persekitaran yang mencabar seperti inflasi yang tinggi, gangguan rantaian bekalan, pertumbuhan yang sederhana dan berharap segmen IMS akan memberi sumbangan positif bagi 2QFY23.

 

Beliau berkata, kumpulan itu melibatkan diri dalam perniagaan tenaga bersih dan semakin hampir untuk pengkomersialan CBM pertama di Indonesia dan pada masa sama akan menyempurnakan rancangan pembangunan pertama dengan berhati-hati.

 

"Kumpulan itu telah mengiktiraf keuntungan pertamanya daripada rangkaian restoran milik Chef Wan bagi suku semasa dan rangkaian restoran itu akan terus mengembangkan lima cawangan sedia ada kepada sembilan cawangan menjelang separuh pertama 2023," katanya. - DagangNews.com