KUALA LUMPUR 18 Ogos - Kerjaya Prospek Group Berhad mencatatkan peningkatan untung bersih sebanyak 10.6% kepada RM31.6 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2023 (2QFY23) berbanding RM28.6 juta pada suku sama tahun sebelumnya.
Kumpulan itu berkata, pendapatannya meningkat 11.7% kepada RM309.3 juta, berbanding RM276.9 juta setahun lalu, berikutan kemajuan aktiviti kerja pembinaan yang bertambah baik.
Keuntungan bersih 2QFY23 kumpulan adalah yang tertinggi sejak 4QFY19 iaitu sebanyak RM36.23 juta.
Bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2023 (6MFY23), hasil kumpulan meningkat 5.0%, tahun ke tahun, daripada RM577.5 juta kepada RM606.5 juta. Selaras dengan hasil yang lebih tinggi, PATAMI meningkat 6.2%, daripada RM57.4 juta kepada RM61.0 juta.
Prestasi kewangan yang lebih baik ini disebabkan oleh pengebilan kemajuan yang lebih tinggi hasil daripada peningkatan dalam kemajuan aktiviti kerja pembinaan.
Segmen pembinaan terus menjadi penyumbang hasil utama kepada Kumpulan, menyumbang 99.8% daripada hasil 6MFY23.
Pada 30 Jun 2023, kumpulan itu berkata, kunci kira-kiranya kekal sihat dengan tunai bersih RM203.7 juta dan nisbah semasa empat kali ganda.
Kumpulan itu juga mempunyai pesanan tertunggak sebanyak RM4.5 bilion untuk kontrak pembinaan.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Kerjaya Prospek, Tee Eng Tiong berkata, kumpulan itu memperoleh sejumlah RM983.8 juta kontrak bernilai tahun setakat ini dan hampir mencapai sasaran kemenangannya bernilai RM1.2 bilion kontrak untuk FY23.
“Dengan berakhirnya pilihan raya negeri baru-baru ini, kami yakin Malaysia akan mencapai kestabilan politik dan menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia.
"Peningkatan dalam FDI boleh diterjemahkan kepada lebih banyak peluang pekerjaan pembinaan untuk kumpulan dalam masa terdekat," katanya. - DagangNews.com