ViTrox dijangka catat peningkatan permintaan dalam segmen ABI, MVS pada 2HFY23 - AmInvestment | DagangNews Skip to main content

ViTrox dijangka catat peningkatan permintaan dalam segmen ABI, MVS pada 2HFY23 - AmInvestment

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 28 Julai - AmInvestment Bank Research (AmInvestment) menjangkakan ViTrox Corporaton Berhad mencatatkan peningkatan permintaan daripada segmen pemeriksaan papan automatik (ABI) dan sistem penglihatan mesin (MVS) pada 2HFY23.

 

Firma itu berkata, pasarannya yang luas akan membantu mereka dalam untuk mendapatkan pelanggan baharu khususnya dari Mexico serta ASEAN peperangan akibat perdagangan cip di antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

 

Katanya, kumpulan itu itu terus memberikan sokongan kepada pelanggannya di China walaupun pemulihan permintaan di negara itu lebih perlahan daripada jangkaan.

 

"Langkah strategik ini bertujuan untuk meningkatkan bahagian pasaran dan meletakkan syarikat untuk kitaran naik pasaran seterusnya.

 

"Kumpulan itu memberi impak yang ketara pada pameran perdagangan SEMICON China di Shanghai , baru-baru ini dan menerima banyak pertanyaan mengenai produk MVS keluaran mereka," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, pada suku kedua berakhir 30 Jun 2023, untung bersih kumpulan itu merosot 26.7% kepada RM37.6 juta berbanding RM51.3 juta yang dicatatkan setahun lalu.

 

Hasil turun 21% kepada RM149.4 juta daripada RM189.4 juta setahun sebelumnya manakala pendapatan sesaham berada pada 3.98 sen berbanding 5.44 sen tahun lepas.

 

Dalam tempoh enam bulan pertama, ViTrox mencatatkan untung bersih RM70.6 juta, turun 30.3% daripada RM101.4 juta manakala hasil turun 24.5% kepada RM282.7 juta berbanding RM374.7 juta tahun lepas.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'pegang' dengan harga wajar RM8.65 sesaham.- DagangNews.com