Widad umum pelantikan Saloma Mohd Jonid sebagai pengarah eksekutif | DagangNews Skip to main content

Widad umum pelantikan Saloma Mohd Jonid sebagai pengarah eksekutif

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Kumpulan pengurusan pembinaan dan kemudahan bersepadu Widad Group Bhd melantik Saloma Mohd Jonid sebagai pengarah eksekutif baharunya, berkuat kuasa 1 Ogos 2023.

 

Saloma, 64, mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam pasaran modal dan perbankan pelaburan, pakar dalam pasaran modal ekuiti dan hutang, pembiayaan projek dan analisis kredit, menurut pemfailan kumpulan itu.

 

Saloma menyertai Widad Business Group Sdn Bhd pada 2014 dan sebelum ini merupakan pengarah sumber manusia dan pentadbiran kumpulan.

 

Beliau juga merupakan pengarah di Vertical Engineering Sdn Bhd, sebuah syarikat berkaitan Widad yang terlibat dalam sektor pembinaan.

 

“Beliau memulakan kerjayanya dengan Maybank Investment Bank Bhd pada 1983 dan berkhidmat dengan bank itu selama 10 tahun sehingga 1993. Pada 1994, beliau menyertai RHB Investment Bank Bhd dan memegang lesen Wakil Peniaga untuk aktiviti terkawal dalam pengurusan portfolio pelaburan dan penasihat industri untuk runcit , pelanggan korporat dan institusi," kata Widad.


 

parafrasa

 


Bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2023, keuntungan bersih Widad merosot 90% kepada RM628,000 daripada RM6.32 juta setahun sebelumnya, terutamanya disebabkan oleh margin kasar yang lebih rendah daripada projek pembinaan.

 

Hasil suku tahunan, bagaimanapun, meningkat 20.64% kepada RM62.78 juta daripada RM52 juta, disumbangkan oleh segmen pembinaannya. - DagangNews.com