NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com
KUALA LUMPUR 18 Nov - Perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia berisiko untuk terlepas Terbuka Indonesia minggu hadapan sekiranya kecederaanya masih berlanjutan.
Dalam aksi di Indonesia Masters, Selasa lalu, pemain kelahiran Alor Setar itu terpaksa menarik diri kerana mengalami kesaikatan belakang ketika ketinggaln 9-11 kepada pemain Denmark, Rasmus Gamke di Pusat Konvensyen Antarabangsa Bali, Nusa Dua.
Dia juga menarik diri pada final Terbuka Hylo, ketika berdepan pemain Singapura, Loh Kean Yew ketika perlawanan berkedudukan 21-19, 13-21 dan 12-17.
Jurulatih perseorangan negara, Hendrawan berkata, Zii Jia perlu berehat selama seminggu bagi memastikan keadaan belakangnya menjadi lebih baik untuk kejohanan selepas ini.
“Pinggang dia masih belum sembuh, masih ada sakit jadi, bagi Lee Zii Jia rehat seminggu lagi.
“Selepas itu kita tengok macam mana. Masih ada kejohanan minggu depan, takut kalau dipaksa sekarang, seluruh bahagian belakangnya menjadi lebih teruk,” katanya.
Zii Jia yang juga juara All England sebelum ini mengetuai cabaran Malaysia di Piala Sudirman dan Piala Thomas.
Dia kemudiannya beraksi dalam tiga lagi kejohanan secara berturut-turut termasuk di Terbuka Denmark, Terbuka Perancis dan Terbuka Hylo sebelum berangkat ke Indonesia untuk berhadapan tiga lagi kejohanan.-Dagangnews.com