Zus Coffee di UniSZA beri peluang pekerjaan, latihan keusahawanan kepada pelajar | DagangNews Skip to main content

Zus Coffee di UniSZA beri peluang pekerjaan, latihan keusahawanan kepada pelajar

Profesor Datuk Dr Fadzli Adam bersama warga UniSZA yang hadir di majlis perasmian pembukaan Zus Coffee di kampus Gong Badak
Oleh HUSNA ABDULLAH

KUALA TERENGGANU 2 Mei - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Zuspresso (M) Sdn Bhd telah menjalin kerjasama strategik melalui pembukaan Zus Coffee yang pertama di kampus universiti itu yang terletak di Gong Badak, Kuala Nerus dekat sini.

 

Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr. Fadzli Adam berkata, perbincangan antara kedua-dua pihak telah diadakan sejak September 2023 dengan persetujuan telah diterima daripada pihak Zuspresso (M) Sdn Bhd pada November 2023.

 

Zus Coffee beroperasi bermula pada 21 Mac lalu di Laman Selera UniSZA dan ia adalah outlet kelapan yang dibuka dalam kampus Institut Pengajian Tinggi di Malaysia.

 

 

unisza

 

unisza
Profesor Datuk Dr Fadzli Adam merasmikan Zus Coffee di Laman Selera UniSZA

 

 

"Kewujudan Zus Coffee di UniSZA membolehkan pelajar-pelajar kami untuk merebut  peluang bekerja secara sambilan di sini untuk mencari wang saku tambahan.

 

"Pengalaman ini dapat melatih pelajar UniSZA untuk mendalami bidang perniagaan dan keusahawanan sebaik sahaja menamatkan pengajian nanti.

 

"UniSZA melalui Bahagian Penjanaan Strategik sedia memberi peluang kepada Zus Coffee untuk menyewa ruang dan premis perniagaan di dua lagi kampus kami mengikut kesesuaian," katanya.

 

 

unisza

 

unisza

 

 

Ketika ini terdapat enam kakitangan yang bertugas di Zus Coffee tersebut dan tiga pelajar pula bekerja secara sambilan.

 

Mengulas lanjut, beliau berkata, UniSZA yakin jumlah pelajar yang bekerja secara sambilan di Zus Coffee akan bertambah dalam masa terdekat berikutan permintaan yang semakin memberangsangkan.

 

"Menjadi harapan kami agar  Zus Coffee di UniSZA ini bukan sahaja dikunjungi warga universiti, malah dapat menarik lebih ramai warga setempat Kuala Nerus untuk berkunjung menjamu selera. 

 

 

unisza

 

unisza

 

 

"Justeru, dengan bermulanya kerjasama ini, UniSZA melalui Bahagian Penjanaan Strategik akan terus bergerak serius untuk mendapatkan peluang kerjasama bersama syarikat-syarikat terkemuka dalam peluang penyewaan ruang dan jalinan perniagaan lain.

 

"Ini juga akan membuka ruang bagi pelajar-pelajar UniSZA menjalankan latihan ilmiah di syarikat-syarikat tersebut," katanya. - DagangNews.com