Azizan Osman selesaikan PhD Pentadbiran Perniagaan enam bulan lebih awal | DagangNews Skip to main content

Azizan Osman selesaikan PhD Pentadbiran Perniagaan enam bulan lebih awal

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 17 Okt- Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd., Datuk Wira Dr. Azizan Osman berjaya menggenggam ijazah kedoktoran (PhD) Pentadbiran Perniagaan daripada Asia e University (AeU) selepas menamatkan pengajian enam bulan lebih awal.

 

Kejayaan membolehkan beliau meraih PhD pertamanya daripada universiti tempatan.

 

Walaupun mempunyai jadual masa yang padat, mentor usahawan berkata, beliau sentiasa menyiapkan dirinya untuk sentiasa berada di hadapan dan kekal relevan dalam dunia semasa.

 

Beliau mengorbankan masa dan tenaganya untuk mendapatkan ilmu, strategi dan kajian terkini agar memberikan kelebihan persaingan buat usahawan di bawah bimbingannya.

 

"Saya ingin jadi orang korporat, jadi saya perlu siapkan diri saya untuk mengetahui segala perkara berkaitan dengan dunia korporat termasuk soal urus tadbir serta kepimpinan yang baik.

 

"Sebelum ini saya berjaya melengkapkan CIMA (Chartered Institute of Management Accountants) dan kini sedang menjalankan pengajian dalam bidang undang-undang," katanya selepas majlis konvokesyen AeU di World Trade Centre Kuala Lumpur, baru-baru ini.

 

azizan

 

Pada majlis tersebut beliau menerima PhD selepas menyempurnakan tesis bertajuk Effect of Business Coaching on Growth and Performance and The Moderating Role of Competitive Advantage in Small Medium Enterprises in Malaysia.

 

azizan

 

Azizan berkata, usahawan seharusnya sentiasa mempersiapkan diri mereka dengan ilmu agar sentiasa berkembang kerana dunia perniagaan sentiasa berevolusi.

 

azizan

 

Beliau juga percaya, ilmu juga memainkan peranan penting dalam membezakan antara negara-negara maju di dunia.

 

azizan

 

"Sebagai usahawan, kita perlu sentiasa menambah ilmu kerana saya percaya seseorang itu akan berkembang dengan akal dan saya juga ingin terapkan kepada mereka bahawa di saat mereka berhenti belajar mereka akan terus ketinggalan.

 

azizan

 

"Saya juga bimbang dengan trend semasa apabila lepasan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) tidak berminat untuk sambung belajar kerana sebagai usahawan kita perlu perbaiki diri," katanya. - DagangNews.com