Memahami manifesto BN mengikut kaedah 5Ws 1H
oleh Afizan Amer
MANIFESTO boleh dikatakan perkara pokok dalam sesuatu pilihan raya dan tidak terkecuali Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini.
Manifesto boleh dianggap sebagai satu aktiviti tekno-pengurusan pelbagai guna. Kepelbagaian pelaksanaannya memerlukan menjadikan sesebuah parti politik seperti Barisan Nasional menjadikannya inklusif.
Satu kaedah yang ditonjolkan oleh BN dalam manifestonya ialah meluaskan lilitan pengetahuannya dengan menyepadukan pelan tindakan strategi dan teknik baharu perlaksanaan manifesto mereka dengan tujuan untuk meningkatkan kualiti proses penggubalan manifesto dan akhirnya dapat menawarkan kualiti tawaran perkhidmatan yang menepati keperluan khalayak masyarakat.
Namun, apabila dilihat semula, tidak nampak semua parti politik yang terlibat dengan PRU15 kali ini menyepadukan penggunaan tawaran dan teknik penawaran manifesto dan seolah-olah tidak mementingkan untuk menarik perhatian yang sewajarnya daripada orang yang bekerja pada projek tersebut.
Mungkin terdapat beberapa sebab; daripada golongan sasar yang kurang pengetahuan atau niat untuk memberi undi mereka.
Ini mungkin kerana manifesto yang dibuat bersifat tangkap muat tanpa mengambil kira kaedah pengurusan perancangan strategik pelaksanaan (delivery) sesuatu janji.
Apa itu 5Ws 1H ? Bagaimana ia menjelaskan manifesto
5W adalah singkatan dari “What, Why, When, Where, and Who.”, 1H bermaksud How (dan How much).
Apa (What)
Parti politik ini memikirkan apakah proses yang mereka perlu ambil di dalam memulakan proses memahami asas isu masyarakat, masalah atau senario yang dihadapi golongan sasaran mereka.
Contohnya, menghapuskan kemiskinan mutlak melalui Skim Bantuan Pendapatan Asas yang dikreditkan secara automatik setiap bulan kepada semua isi rumah berpendapatan kurang daripada RM2,208 sebulan.
Ia adalah amat spesifik apa yang ditawarkan bagi menyokong pemetaan kognitif skop isu, masalah atau senario masyarakat hari ini.
Mengapa (Why)
Mereka juga bertanya 'Mengapa' bagi memerlukan penjelasan mengapa isu terjadi, masalah atau situasi yang dihadapi berlaku.
Ini dijelaskan pada bahagian manifesto yang melibatkan pengecualian sepenuhnya cukai pendapatan (0%) selama 5 tahun kepada semua wanita yang kembali ke alam pekerjaan setelah berehat daripada kerjaya.
Ini adalah untuk menarik semula bakat berkualiti dalam kalangan wanita untuk guna tenaga penuh.
Jika kita lihat manifesto ini ditawar setelah mengenal pasti pencetus dan merasionalkan berlakunya sesuatu isu atau masalah masyarakat hari ini.
Bila (When)
Elemen ini adalah mengenai penanda masa berlakunya penyelesaian masalah isu atau masalah, contohnya Barisan Nasional memberikan garis masa untuk mewujudkan liputan 5G, 100% liputan internet di seluruh negara dalam masa 30 bulan dan 100% liputan 5G di semua sekolah dalam 18 bulan.
Ini menunjukkan mereka mempunyai pemahaman tentang garis masa perancangan sesuatu kejadian yang boleh membantu mereka dalam merealisasikan sesuatu janji.
Di mana (Where)
Elemen ini digunakan untuk menentukan lokasi atau tempat kejadian dan dengan itu boleh membantu dalam mengenal pasti orang dan perkara lain yang ada/wujud di lokasi tersebut yang mungkin menyumbang kepada berlakunya isu atau masalah.
Contohnya penawaran membaiki ekosistem pekerja GIG, mewujudkan akta khusus dan segera bagi melindungi hak, kebajikan dan pendapatan pekerja gig.
Siapa (Who)
Manifesto mereka menawarkan pendidikan percuma secara bersasar bukan secara menyeluruh untuk pendidikan tinggi, contohnya pengajian tinggi percuma kepada semua individu dari keluarga B40.
Tetapi Barisan Nasional menawarkan pula pendidikan awal percuma pada seluruh masyarakat, pendidikan awal dan asuhan nasional percuma untuk semua kanak kanak berumur 6 tahun ke bawah.
Ini menunjukkan mereka ada perancangan mengenai mengenal pasti orang yang mungkin mempunyai penglibatan secara langsung atau tidak langsung dalam menyebabkan atau menyumbang kepada isu atau masalah.
Bagaimana (How)
Elemen teknik ini digunakan untuk mengkaji urutan perkara dan pencetus dan bagaimana masalah atau isu yang terhasil itu terungkap.
Contohnya di dalam manifesto Barisan Nasional kali ini mereka menerangkan bagaimana mereka menangani masalah beg berat dalam kalangan murid sekolah dan mengenengahkan kaedah hijau dalam penggunaan buku teks melalui penawaran sistem persekolahan tanpa buku teks dengan pemberian komputer riba percuma kepada semua pelajar B40.
Perancangan untuk membina pemikiran lebih lanjut ke atas perlaksanaan manifesto yang berasaskan perancangan strategik 5Ws 1H akhir memberikan penekanan mencadangkan beberapa alat/teknik baru, yang membawa potensi yang baik untuk digunakan dalam PRU15 kali ini, supayaperancangan sesuatu tawaran penyelesaian masalah dipanggil dengan nama. – DagangNews.com