Ong Chin Seong dilantik sebagai Pengerusi PIKOM baharu berkuat kuasa serta-merta | DagangNews Skip to main content

Ong Chin Seong dilantik sebagai Pengerusi PIKOM baharu berkuat kuasa serta-merta

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 6 Dis - Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia (PIKOM) melatik Ong Chin Seong sebagai Penegrusi baharu bagi penggal 2022 hingga 2023 menggantikan Dr. Sean Seah berkuat kuasa serta merta.

 

Pelantikan itu dibuat selepas mereka mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-36.

 

Chin Seong berkata, ia merupakan satu penghormatan besar utuk menyandang jawatan Pengerusi PIKOM.

 

"Saya mempunyai tiga jangkaan utama untuk jawatankuasa tahun depan iaitu berkhidmat kepada industri dengan penuh semangat selain bersedia memikul peranan serta tanggungjawab tambahan apabila diperlukan dan berkhidmat dengan integriti tinggi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Pada tahun ini, PIKOM menganjurkan Kongres Inovasi dan Teknologi Dunia (WCIT 2022) dan TechFest 2022 yang direkodkan sebagai kongres teknologi terbesar di Malaysia selepas pandemik COVID-19 dengan 4043 perwakilan berdaftar dan 200 penceramah dari 65 negara.

 

Melangkah ke 2023, PIKOM telah membentangkan rancangan untuk memberi tumpuan kepada keperluan ahli meliputi pelbagai sektor dalam industri teknologi termasuk Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS Malaysia), Cybersecurity, CIO, Pelaburan Teroka, eCommerce, Wanita dalam Tech dan SpaceTech.

 

PIKOM berhasrat untuk berkhidmat kepada industri dan ahli bagi mengembangkan perniagaan serta menjadi suara mereka untuk industri, mengambil bahagian secara aktif dalam pembangunan dasar kerajaan.

 

PIKOM juga menyasarkan untuk menjadi pemangkin utama kepada kedua-dua sektor awam dan swasta dalam menyokong agenda transformasi digital negara. - DagangNews.com