Mesti berani persoalkan institusi yang tidak beradab | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Dari Hikayat Kita - 12 Dec 2022 08:12 AM

MESTI BERANI PERSOALKAN INSTITUSI YANG TIDAK BERADAB

 

 

Harimau mati meninggalkan belang
Manusia meninggalkan nama

 

 

 

DUNIA hari ini semakin kucar-kacir, tidak berlandaskan adab dan tertib, atau dasar kemampanan sejagat. Keuntungan menjadi kayu ukur kejayaan.

 

Ada syarikat yang ingin mengelak cukai melantik akauntan memastikan mereka tidak perlu berbuat demikian.

 

Dengan itu, berlakulah pelbagai ketidakseimbangan dalam ekosistem dan caturan etika manusia. Pelbagai masalah timbul. 

 

Haiwan di rimba pupus
Sungai kering dan terkambus
Tamadun menghilang dan terhapus

 

‘Climate change’ yang sebenarnya ‘Climate crisis’ masih dipertikaikan kerana syarikat gergasi dunia ingin menyelamatkan diri dari membayar ‘carbon tax’.

 

Solusi kesihatan yang begitu mahal terpaksa ditanggung oleh mereka yang tinggal di negara Amerika contohnya menunjukkan betapa syarikat farma dunia hanya mementingkan keuntungan dan bukannya kebajikan orang ramai. 

 

Krisis Kemanusiaan

Krisis Kemampanan 

Krisis Ekonomi

Krisis Peperangan

Krisis Makanan

Segalanya tidak diendahkan JIKA tidak menguntungkan. 


 

entah

 


Apakah yang benar-benar diperlukan untuk membuat perubahan yang bermakna dalam dunia kita hari ini?  

 

Manusia sebenarnya mempunyai keupayaan untuk kekal fokus dan setia pada hala tuju atau bidang kepakaran masing-masing.  Manusia didorong oleh aspirasi dan tujuan, hati nurani dan naluri.  

 

Saya teringat Bob Geldof dan usaha beliau mengadakan Rock concert terbesar bagi tujuan amal: LIVE AID! Dan Greta Thunberg aktivis tersohor dunia tentang Climate Crisis sedunia. Tidak lupa Tan Seri Dr Jemilah Mahmood dari Malaysia yang mengharumkan nama negara dalam aktiviti Kemanusian dengan Mercy Malaysia. 

 

Manusia berjiwa besar mampu mencari jalan penyelesaian kepada masalah. 

 

Ahli Sains.  Akademia. Aktivis. Ahli Ekonomi. Mereka mencari jawapan.  Berkongsi ilmu.  Menabur inspirasi.

 

Institusi dan perniagaan bagaimanapun mementingkan keuntungan, dan untuk itu mereka perlu berunding, mencari kata sepakat dan bertolak ansur dalam pelbagai perkara.  Walaupun ini adalah asas organisasi dan mungkin, sesuatu yang diperlukan, ia mengaburkan tumpuan, keazaman dan objektif.  

 

Tanggungjawab kolektif ada baiknya, tetapi ada juga kekurangannya.

 

Tanpa tanggungjawab perseorangan yang nyata, pencapaian ala-kadar tidak memalukan sesiapa membawa kepada pencapaian semborono. Sikap sambil lewa amat merugikan semua yang terbabit, termasuk masa yang dibazirkan mencari pengganti berkaliber. 

 

Ditambah pula dengan budaya ‘pilih kroni’ semasa tender dan ‘budaya rasuah’, ini meruntuhkan institusi yang ada.

 

Jika tidak ditangani, semuanya akan menghancurkan bangsa dan negara. 

 

Adakah institusi - sama ada persatuan, organisasi, dan kerajaan dunia telah gagal?

 

KEJAYAAN INDUSTRI BUKU LOKAL

 

Oleh itu, apabila kita melihat sesuatu yang begitu baik pencapaiannya, kita mesti ambil perhatian dan belajar formula kejayaannya. Salah satu contoh Institusi yang berjaya mengangkat dunia penerbitan negara baru-baru ini di Malaysia adalah Majlis Buku Kebangsaan MBKM dan Perpustakaan Selangor (PPAS) yang melalui program hujung tahunnya memberi manfaat berganda pada penerbit dan penulis.

 
 

sibf2022

 


Nawaitu Pengarah PPAS Datin Paduka Mastura Muhamad mengatakan bahawa penerbit dan penulis mestilah diutamakan dalam dunia penulisan. Beliau bekerjasama dengan MBKM bagi menjayaksn programme hujung tahun ini.

 

Yang paling terserlah mengwujudkan Fellowship dan peluang dagangan hak percetakan dan sesi ‘business matching’ di mana penerbit tempatan diberi masa 30 minit untuk berkenalan dengan penerbit luar negara.

 

Paling penting sesi ‘pitching’ 2 minit di mana kita akan bentangkan katalog dan nyatakan ciri USP karya kita. Menurut penasihat, Hasri Hasan antara maklumat yang mesti disampaikan:

 

  • Pengenalan diri
  • Hasrat ingin menjual atau membeli hak cipta
  • Kekuatan termasuk anugerah yang telah diterima
  • Pengalaman penterjemahan
  • Genre buku-buku

 

Setiap penerbit ada kecenderungannya dan kita mestilah buat sedikit kajian sebelum berkenalan. Selepas itu, teruskan dengan menghantar emel dan whatsapp, menguatkan persahabatan.  

 

Antara pencapaian SIBF:

  • SIBF sebuah platform untuk mempamer syarikat dan koleksi buku
  • MBKM memilih dan mempromosi 50 Buku Terbaik Malaysia di Frankfurt
  • Memperkenalkan penerbit dunia luar pada penerbit dan penulis Malaysi
  • Sistem digital yang baik
  • Memberi ruang untuk mempromosi buku penulis 
  • Memberi latihan pada penerbit dan penulis dalam  teknik mempromosi karya masing-masing
  • Melancarkan Fellowship SIB
  • Menjemput penerbit Asia Tenggara ke SIBF 2022
  • Mengekalkan forum  diskusi buat manfaat semua peserta
  • Membeli balik buku pempamir yang mengambil bahagian!

 

Hasil segala tunjuk ajar MBKM dan SIBF tahun ini,  saya berjaya menterjemah buku Hikayat Fandom ke bahasa Itali, Mesir dan Jerman serta berkolobrasi dengan penulis dari 8 negara menulis buku Lipur Lara Dunia Naga tahun depan. 

 

Ternyata, jika seorang  penjawat awam benar-benar ingin membuat sesuatu yang luar biasa - ini boleh jadi kenyataan.


 

Datin Paduka Mastura Muhamad
Datin Paduka Mastura Muhamad

 


Datin Paduka Mastura dibantu pembantu berwibawa, Fadzil, Juliana, Wan, Saliha, Raihan dan ramai lagi. En Khair MBKM pula memantapkan pasukan dengan Adibah Omar, Hasri Hasan, Hafiz Latiff dan Zulaikah. 

 

Tahniah SIBF & MBKM, kebanggaan industri buku Malaysia! 

 

Ninot Aziz merupakan penggiat seni dan kebudayaan Melayu, dari bzBee Consult, aktif menulis di dalam pelbagai medium seperti akhbar dan menerbitkan buku-buku seperti Bentala Naga - A Makyung Tale dan Lipur Lara Nusantara dan kini menulis menerusi kolum Dari Hikayat Kita di DagangNews.com, setiap Isnin.   Emel : [email protected]
 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL DARI HIKAYAT KITA