KUALA LUMPUR 8 Mac - Petronas, melalui Petronas Marine, meneruskan kerjasama dengan rakan kongsinya di China, Gas Tiger dengan perniagaan pengisian bunker gas asli cecair (LNG).
Menurut kenyatan kumpulan hari ini, kerjasama itu adalah susulan penyempurnaan operasi pengisian bunker LNG kapal-ke-kapal sulungnya kira-kira 500 tan LNG untuk Tiger Maanshan, dek kapal kargo terbesar dunia, menjadikan Tiger Gas pelanggan China pertama perniagaan tersebut.
Naib Presiden Pemasaran dan Perdagangan Petronas, Ahmad Adly Alias berkata, “Kami komited menjadikan kemampanan sebagai landasan operasi di China dengan menyediakan penyelesaian tenaga yang akan membantu mempercepatkan usaha ke arah matlamat dwi karbon negara di samping menyumbang kepada pertumbuhan industri tenaga bersama rakan kongsi.”
Jalinan kerjasama Petronas dan Tiger Gas telah bermula pada tahun 2020, di mana perjanjian jual beli dimeterai untuk membekalkan LNG ke pasaran China menerusi tangki ISO.
Gandingan tersebut membolehkan perniagaan kecil dan sederhana di kawasan terpencil memperoleh akses gas asli sambil membantu mereka mencapai matlamat kelestarian.
Pengerusi Tiger Group, Gerry Wang berkata, “Pengisian bunker LNG kapal-ke-kapal luar pesisir kini telah memendekkan pemulihan kapal pembawa LNG, mengukuhkan asas agar rantaian bekalan LNG lebih cekap dan hijau.”
Di dalam kenyataan yang sama, Petronas berkata 2023 menandakan tahun ke 20 kumpulan itu memasuki pasaran China.
Petronas telah menyokong rakan kongsinya untuk memenuhi keperluan tenaga bersih yang bertumbuh pesat dengan penyelesaian dan produk berkualiti tinggi selama dua dekad.
“Petronas akan kekal komited untuk pasaran China, memperkasakan industri tenaga China dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara,” katanya. -DagangNews.com