Apakah anda pernah baca Illiad dan Odyssey? Adakah anda kenal Sulalatus Salatin? | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Dari Hikayat Kita - 01 Jul 2024 07:00 AM

APAKAH ANDA PERNAH BACA ILLIAD DAN ODYSSEY? ADAKAH ANDA KENAL SULALATUS SALATIN?

 

 

Illiad dan Odyssey, dua karya klasik Homer yang lahir dari tamadun Yunani kuno, membawa penceritaan indah mengenai perang epik antara Greek dan Troy selama sepuluh tahun dan kisah-kisah legenda lain yang mengasyikkan. 

 

Paris dan Helen dari Troy, Akilles dan Hektor, serta tokoh-tokoh lain seperti Agamemnon dan Menelaus, adalah karektor dalam penceritaan penuh keberanian, cinta, kecurangan dan tragedi. Tinggalan karya Homer ini masih mempesona seluruh dunia hingga hari ini. 

 

Seluruh dunia terpesona dengan legenda peperangan Greek dan Troy ini. Agamemom dan Menelaus merupakan pemerintah yang taksub menyatukan Greek dan menakluk wilayah-wilayah di sekitar Laut Mediterranean.

 

Putera Troy Hector harapan dan kebanggaan Priam. Paris putera yang menawan hati kesemua jelitawan. 

 

 

honda

 

 

Kisah Achilles begtu tersohor sehingga dimainkan oleh layar perak oleh Brad Prit. Helen pula dikatakan wanita tercantik dunia. 

 

Namun, perlu diingat bahawa kewujudan 'Homer' masih diragui.  Ramai percaya dia berasal dari pulau Aegean Chios, atau dari Smirna atau Colophon, di pantai barat yang kini dikenali sebagai Turki. Ramai para sarjana hari ini menganggap besar kemungkinan bahawa puisi Homer memang berasal dari kawasan ini. 

 

Peta Aegean termasuk Troy, Mycenae, Ithaca, Colophon, Athens. Peta Aegean menunjukkan beberapa tempat di mana Homer dikatakan berasal. Ini termasuk Smirna dan Colophon di pantai barat yang kini dikenali sebagai Turki, dan pulau Ios dan Chios.

 

Terdapat penyair Chios yang berbakat, di mana sekumpulan penyair yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Homeridae' atau 'anak-anak Homer' juga telah bertapak pada abad ke-6 SM. Syiling yang menggambarkan Homer mula terkumpul dari abad keempat SM dan berasal dari Ios.

 

Jadi siapakah Homer? Tidak kita ketahui. Namun puisinya Illiad dan Odyssey membentuk naratif tamadun Yunani yang sangat menawan dicatatkan setelah 400 tahun berlalu. 

 

Namun dunia rata-rata menerima keujudan semua karektor dari Illiad dan Odyssey dan pelbagai karya, filem dan seni diilhamkan oleh legenda yang diterima ramai sebagai sejarah ketamadunan dunia. 

 

 

Illiad dan Odyssey

 

 

SEJARAH MELAYU

Baru-baru ini kita melihat beberapa tohmahan tentang keujudan Hang Tuah sekali lagi.  Sikap ego dunia luar menyangkal sejarah dan wira kita agak kurang ajar.

 

Kita disuruh menerima bulat bulat pandangan mereka tentang sejarah dan kebanggaan kita.  Namun, kajian kita akan diteruskan dengan pelbagai teknik mengkaji manuskrip dan ‘cross referencing’, ‘reading between the lines’, ‘pengumpulan data digunakan untuk mencapai rumusan yang bertepatan tentang sejarah kita. 

 

Perdebatan terus timbul tentang sumber asing tentang Hang Tuah.  Namun keberadaan Sulalat Us-Salatin atau Sejarah Melayu serta Hikayat Hang Tuah tidak disangkal lagi. Ini diterima UNESCO sebagai bahan sejarah dan sastera agung.

 

Apakah ini tidak mencukupi?

 

Jangan sewenang-wenangnya memperlekehkan warisan bangsa dan khazanah Dunia Melayu. 

 

 

hikayat

 

 

PERBANDINGAN 

Perbandingan antara kedua epik sejarah dari dunia barat dan dunia timur ini membawa kita pada kepentingan sastera epik dalam penyampaian sejarah. 

 

Itulah sebab kajian mendalam berterusan sangat diperlukan, dengan menggunakan pelbagai teknik analisis seperti cross referencing dan pengumpulan data, untuk memahami intipati sebenarnya dari kisah-kisah tersebut.

 

Meskipun berbeda dalam aspek sejarah, kedua jenis epik ini tetap memainkan peran penting dalam memperkaya khazanah sastra dan warisan budaya masyarakat di berbagai belahan dunia.

 

Kesimpulannya, sumber sastera dan karya agung seperti Iliad dan Odyssey serta kekayaan Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah, mahupun Negarakertagama, menghadiahkan wawasan yang tidak ternilai tentang kebesaran sastera dan pengaruhnya dalam memperkaya pemahaman manusia terhadap sejarah, budaya, dan nilai-nilai kemanusiaan secara luas.

 

 

hikayat

 

 

Semua bangsa dan negara berhak menegakkan khazanah sejarah dan warisan masing-masing tanpa segan silu.   

 

Beranilah memperkasa Tamadun Alam Melayu dan budaya bangsa. 

 

Merdekakanlah jiwa kita - terus merdeka dari pemikiran kolonialisme!

 

Ninot Aziz merupakan Presiden Persatuan Sastera Lisan Malaysia 2023/2024 dan adalah penggiat seni serta kebudayaan Melayu, dari bzBee Consult, aktif menulis di dalam pelbagai medium seperti akhbar dan menerbitkan buku-buku seperti Bentala Naga - A Makyung Tale dan Lipur Lara Nusantara dan kini menulis menerusi kolum Dari Hikayat Kita di DagangNews.com, setiap Isnin.   Emel : [email protected]
 

 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL DARI HIKAYAT KITA

tnb