Kembara Naga Ninot Aziz: Dari Chini ke Benua China | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Dari Hikayat Kita - 24 June 2024

KEMBARA NAGA NINOT AZIZ
Dari Chini ke Benua China

 

 

SEMUA impian menulis bermula di sebuah kampung pedalaman Pahang iaitu Kampung Warisan Chenor, kampung kelahiran tok nenek pahlawan dan penglipur lara.

 

Dari situlah bermula nenek bercerita kisah Naga Tasik Chini, dan membaca Syair Siti Zubaidah dan Panji Semirang. Alangkah jauh kenangan itu melakarkan perjalanan saya sebagai penulis hingga hari ini. 

 

Dari kisah Naga Tasik Chini yang diceritakan nenek, kini lahirlah DRAGONLORE From East and West. Siapa sangka impian yang direncanakan sejak tahun 2012, menjadi kenyataan dengan penerbitan DRAGONLORE bersempena Tahun Naga.

 

Setelah sekian lama, projek ini mula bergerak rancak dari tahun 2022 selepas Pesta Buku Antarabangsa Frankfurt melalui kolobrasi  bersama 14 penulis dari 10 negara, 3 penterjemah, 2 pelukis, seorang pereka grafik kecil molek dan terkini, seorang composer muzik ‘Dragons On The Moon, kesemuanya memberikan karya terbaik dengan sepenuh jiwa raga.

 

 

hikayat
Dragonlore di Tembok Besar China

 

 

Game-Changer

Presiden Persatuan Penerbit Antarabangsa, Karine Pansa, baru baru ini memuji Malaysia atas komitmen memajukan industri buku. Beliau berkata demikian ketika mengunjungi Pavilion Malaysia di Pameran Buku Antarabangsa Beijing.

 

"Malaysia menonjol di Asia Tenggara disebabkan pembaca lokal yang begitu kukuh dan penglibatan aktif dalam perdagangan hak buku. Kuala Lumpur dengan forum hak buku berwibawa menekankan peranan penting Malaysia dalam perdagangan buku serantau."

 

Penonjolan Malaysia dalam arena penerbitan antarabangsa adalah bukti bahawa pasukan ‘game-changer’ boleh menjadi kunci utama dalam hal ini.

 

Pasukan strategik serta berpengalaman iaitu Majlis Buku Kebangsaan Malaysia diketuai Khair Ngadiron dan Kota Buku diketuai Adibah Omar mempunyai misi untuk mengangkat Malaysia di mata dunia. Jumlah penerbit, penulis, pengarang, dan pembaca setia semakin bertambah telah mencipta ekosistem yang kuat serta mendorong industri ke hadapan.

 

Pasukan di MBKM dan Kota Buku telah menganjurkan Rights Clinic yang pertama selepas pandemik pada tahun 2022, dan sejak itu menjalankan sesi ini setiap tahun.

 

Hasilnya, kita lihat di Beijing, tahun ini, Penerbit Malaysia dengan berani mengambil inisiatif dalam menjalinkan hubungan dengan penerbit-penerbit dari seluruh dunia terutamanya China. 

 

 

hikayat
DRAGONLORE From East and West oleh Hikayat Fandom, telah dilancarkan di Pameran Buku Antarabangsa Beijing (BIBF) di Pusat Konvensyen Kebangsaan China oleh Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.

 

 

Antologi DRAGONLORE yang sedang diterjemahkan ke Bahasa Melayu dan Itali terpilih antara 50 Best Malaysian Books oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia. 

 

Diterbitkan bersempena Tahun Naga 2024, DRAGONLORE turut menarik minat penerbit China dan Hikayat Fandom berjaya mengundang Shenzhen Publishing House untuk menandatangani Memorandum of Understanding di BIBF untuk menerbitkan Dragonlore di China dalam Bahasa Mandarin. 

 

 

hikayat
Perasmian MOU di antara Hikayat Fandom dan Shenzhen Publishing House

 

 

Matlamat akhir Hikayat Fandom sebenarnya adalah untuk membawa Naga Dunia Melayu terbang bersama-sama Naga seluruh dunia. 

 

Pesta Buku Antarabangsa Beijing

 

Hari Pertama

Hari pertama menyaksikan pelancaran Malaysian Pavillion. Pasukan MBKM dan Kota Buku telah mengetuai delegasi penerbit selama lebih daripada 20 tahun, mempromosikan Malaysia dengan teguh di Eropah dan kini Asia.

 

The Rights Clinic kelolaan MBKM dan Kota Buku adalah sesi yang mesti dihadiri sebelum acara Pesta Buku Antarabangsa seperti ini untuk memahami teknik perdagangan hak di pesta buku. 

 

Alhamdulillah, DRAGONLORE From East and West telah dilancarkan pada hari pertama di Pavilion Malaysia, oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh. Ia merupakan satu titik kejayaan impian sekian lama. Misi utama Hikayat Fandom ke Beijing adalah untuk menerbitkan Dragonlore dalam bahasa Mandarin di China dan seluruh dunia. 

 

Hari Kedua

Perbincangan Perdagangan Hak bermula dengan begitu rancak. Ini berterusan sehingga hari terakhir Pesta Buku. Rudy Daud selaku Pengarah Operasi Hikayat Fandom berjaya mendapatkan sesi perbincangan dengan beberapa penerbit di China, Perancis dan UAE. 

 

Tambahan pula, tujuh buah buku Hikayat Fandom dipamerkan di salah satu  ciri unik BIBF, bahagian Library Acquisition yang memasarkan bukubuku ke lebih 1000 perpustakaan universiti di China. 

 

BIBF, Beijing China merupakan bab yang menarik kembara Hikayat Fandom tahun 2024. 

 

 

hikayat

 

 

Hari Ketiga

Hari ke-3 menyaksikan Dragonlore bersinar di Beijing apabila Rudy Daud menerajui perbincangan tentang potensi penerbitan Dragonlore dalam Bahasa Mandarin di China. 

 

Prospek melihat Dragonlore dalam bahasa Mandarin dan Perancis bersama bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Itali mencetuskan satu keterujaan dalam komuniti Dragonlore kami.

 

Kami terharu mendengar kata-kata semangat secara langsung daripada beberapa penulis Dragonlore tentang pengalaman mereka menyiapkan antologi ini -  bukti betapa penceritaan kisah naga ini berjaya merentasi sempadan dan budaya.

 

Kami juga menjemput semua menikmati gubahan lagu 'Dragons on the Moon,' sebuah karya muzik direka khas untuk antologi antarabangsa ini oleh Khairul Anwar Zulkifli Tony. 

 

Bersama-sama rakan seangkatan Samuel Peralta, Can Yiğit Tunçman, Imam Qalyubi Arian Tejano, Rita Angelelli, Renato Ghezzi, Maria Grazia Beltrami, Dr Minah Sintian, Cora Wang, Teoh Choon Ean,  The Journey Man, Ruby Yusuf, Atie Cutee (Pereka grafik),  Ariyana Ahmad & Walid Muhammad (Karya Ilustrasi dan Seni), Khairul Anwar (Muzik: Dragons On The Moon) dan co-editor saya, Johnny Gillette. 

 

 

hikayat

 

 

Terima kasih pada Prof Emeritus Muhammad Haji Salleh yang sentiasa memberi semangat pada ‘Dragonmasters’. Terima kasih jua pada Majlis Buku Kebangsaan Malaysia Kota Buku yang sentiasa memberi dorongan. 

 

Hikayat Fandom mengucapkan terima kasih kepada semua rakan kongsi MOTAC, Think City, MyCreative Ventures dan penaja termasuk HBL Network untuk produksi video.

 

Ninot Aziz merupakan Presiden Persatuan Sastera Lisan Malaysia 2023/2024 dan adalah penggiat seni serta kebudayaan Melayu, dari bzBee Consult, aktif menulis di dalam pelbagai medium seperti akhbar dan menerbitkan buku-buku seperti Bentala Naga - A Makyung Tale dan Lipur Lara Nusantara dan kini menulis menerusi kolum Dari Hikayat Kita di DagangNews.com, setiap Isnin.   Emel : ninotaziz@gmail.com
 

 

 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL DARI HIKAYAT KITA

tnb

 

Portfolio Tags