Wira Malaysia dulu, sekarang dan selama-lamanya | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Dari Hikayat Kita - 21 Nov 2022 07:00 AM

Wira Malaysia dulu, sekarang

Dan selama-lamanya

 

 

Bulat air kerana pembetung, 

bulat manusia kerana muafakat

kerana yang bulat tidak datang bergolek,

yang pipih tidak datang melayang

bersatu teguh, bercerai roboh

 

 

SIAPAKAH yang dianggap hero oleh rakyat jelata?

 

Kalau kita menonton wayang atau membaca hikayat, hero atau wira adalah mereka yang berjaya membuat sesuatu yang luar biasa, berpegang teguh pada prinsip perjuangan dan menyentuh hati rakyat. 

 

Bagi saya, tidak lain dan tidak bukan - antara hero Malaysia hingga hari ini adalah Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Dato Sudirman Hj Arshad yang berjaya menyatu-padukan warga Malaysia melalui filem yang berintipatikan rintihan, kegembiraan dan perasaan kita bersama, bukan segelintir masyarakat kayangan.


 

hikayat

 


Dan lagu-lagu mereka begitu menjiwai naluri orang Malaysia.

 

Pada tahun 70han, boleh dikatakan setiap penghuni rakyat Malaysia menonton filem P Ramlee yang memenangi pelbagai gelaran filem terbaik.

 

Di antaranya:
 

parafrasa
Festival Filem Antarabangsa Berlin
Terpilih untuk Tayangan - Hang Tuah




 

parafrasa
​​Festival Filem Asia ke-4 Tokyo
Pelakon Lelaki Terbaik - P. Ramlee
Pelakon Kanak-kanak Terbaik - Tony Castillo bagi Anakku Sazali
 

 

parafrasa
Festival Filem Asia ke-7 Tokyo
Filem Komedi Terbaik - Nujum Pak Belalang

 

parafrasa
Festival Filem Dunia Paris
"Anugerah Khas" - Ibu Mertuaku

 

 

Dan pada tahun 80an pula, semua rakyat Malaysia meminati juara bintang RTM, Sudirman - anak Malaysia yang memenangi gelaran Penghibur Terbaik Asia di London.  

 

Peradaban Tan Sri P Ramlee dan Dato Sudirman Hj Arshad ni memang selesa dengan semua lapisan rakyat. Lihatlah Youtube konsert Sudir.


 

sudir

 


Kita ada juga melihat seniman seperti Andre Goh, Alleycats, Uji & Hail, Francesca Peters dan tak lain dan tak bukan,  Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Jamal Abdillah yang juga memenangi hati kebanyakan rakyat Malaysia. 

 

Tidak lupa juga pada penggiat seni seperti Allahyarhamah Hajah Khadijah Awang, primadonna makyung tersohor dan kini Pakyong Rosnan Rahman serta Pak Dalang Wayang Kulit.

 

Tidak dilupa jasa Datuk Paduka Adiguru Hj Tharuwat Ismail Bakti mengharumkan nama budaya dramatari Melayu ke seluruh dunia pada tahun 80han. 

 

Semasa saya bertugas menganjurkan malam P Ramlee, Malam Keroncong dan  Festival budaya di Kelab Golf DiRaja Selangor dan Kelab Taman Perdana DiRaja, ramai di antara penonton dan penggemar adalah dari berbilang bangsa menghayati persembahan sebegini. 


 

mokthar

 


Sukan juga salah satu cara menyatu-padukan rakyat. Apabila Mokhtar Dahari beraksi, semua rakyat Malaysia turun padang dan menonton di TV. 1973 merupakan tahun bersejarah bola sepak Malaysia kerana pasukan kebangsaan Harimau Malays berjaya turun dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia pertama Malaysia. Ini zaman kegemilangan bola sepak Malaysia. 

 

Malah, begitu juga sukan kegemaran kita. Badminton merupakan kebanggaan semua rakyat Malaysia tidak mengira bangsa atau kaum. Misbun, Razif,  Jalani, Rahman dan Rashid Sidek semuanya mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

 

Selepas itu, era Lee Chong Wei juga membuatkan Malaysia bersatu setiap kali Datuk Lee Chong Wei beraksi - tidak kira kalah atau menang. 

 

 

leechongwei

 

 

Mereka ini semua bukanlah calang calang wira Malaysia yang berjaya membuat sesuatu yang luar biasa. Menyatu-padukan Malaysia tidak mengira kaum dan bangsa, agama atau parti politik di saat mereka mengharumkan nama negara. 

 

Dari segi pemerintah, mungkin pemerintah paling disenangi semua lapisan rakyat adalah Tunku Abdul Rahman.   

 

Tunku memang mahukan Tanah Melayu menjadi salah satu negara paling bahagia di dunia. Visi Tunku pada tahun 1960 "Dengan perpaduan dan kerjasama, kepercayaan dan toleransi antara satu sama lain, dengan kerja keras dan hati yang terbuka, kita boleh menjadikan negara kita antara yang paling gembira di dunia. Ini adalah impian saya, inilah yang saya pertahankan untuk memastikan keamanan, kebahagiaan dan kemakmuran untuk Tanah Melayu kita yang sangat kita cintai."

 

Senario Hari Ini

Kenapa hari ini ramai memilih sebuah gagasan parti yang paling muda, baru setahun jagung dalam erti kata bercita-cita memegang tampuk pemerintahan. BN lebih 60 tahun, PKR telah memegang harapan lebih 30 tahun. PN baru ditubuhkan 2 tahun.

 

Sejujurnya saya melihat faktor perpaduan rakyat, mementingkan keharmonian rakyat dan kesejahteraan bersama faktor utama. Ini fenomena pandemik COVID-19.


 

Muhyiddin

 


Peradaban baik Tan Sri Muhyiddin Yassin menenangkan hati rakyat. Beliau tenang dan tidak tergopoh-gapah. Berpegang pada prinsip.

 

Seorang pemimpin Islam yang faham tanggungjawab pada seluruh lapisan masyarakat. Dia serius dan agak garang.

 

Prihatin melaksanakan MORA, Upah Subsidi dan pinjaman demi memastikan usahawan terus berniaga dan memberi peluang pekerjaan. Untuk semua. 

 

Beliau tidak gentar pada cabaran dan melawan arus apabila ada yang tidak kena. Kita wajar menghormati pengorbanan dan kecekalan Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

 

Bertanjak baharu tinjau 

kusut di hujung balik ke pangkal

genggam bara api biar sampai jadi arang

jangan belum duduk sudah berlunjur

 

Malaysia ini majoritinya rakyat Melayu. Jika ingin memerintah, santunilah orang Melayu dan segala etnik pribumi, adat kami, hikayat Melayu, cerita rakyat pribumi, bahasa kebangsaan.

 

Sebagaimana bahasa Cina dan Tamil, Arab dan Hindi dihormati. Hormati agama orang Melayu sebagaimana orang Melayu menghormati hak semua orang mengikuti agama masing-masing. 

 

Ada baiknya kita kembalikan Dasar Kebangsaan 1971 sepenuhnya - dalam semua aspek. 

 

Impian dan Aspirasi Hikayat

Walau apapun terjadi, di ambang pembentukan kerajaan baru, saya berkongsi impian dan aspirasi, dalam kata-kata Ketua Pengarah UNESCO.

 

“Mampu Secara Bebas Membina Identiti, Memanfaatkan Pelbagai Sumber Budaya, Dan Mampu Membangunkan Warisan Dengan Cara Yang Kreatif Merupakan Asas Pembangunan Aman dan Mampan Masyarakat Kita.”  

 

 - Audrey Azoulay, Ketua Pengarah UNESCO

 https://drive.google.com/file/d/1ZfdgTMZ2_MSUj1718h9jP-EH8c3kl9Fw/view?usp=sharing

 

 

Audrey AZOULAY
                       Audrey Azoulay

 

 

Saya amat ingin berbakti pada nusa dan bangsa, memperkenalkan hikayat Melayu pada semua masyarakat.

 

Saya percaya kisah-kisah ini dapat memberi naratif kebangsaan, untuk mengenali jati diri, identiti dan kekuatan serta kelemahan bangsa-bangsa di negara kita. 

 

Kita ada satu keindahan berkurun lamanya. Milik kita bersama. Negara dan Hikayat kita. 

 

Untuk dikongsi. Dihargai. Dicintai. 

 

 

Ninot Aziz merupakan penggiat seni dan kebudayaan Melayu, dari bzBee Consult, aktif menulis di dalam pelbagai medium seperti akhbar dan menerbitkan buku-buku seperti Bentala Naga - A Makyung Tale dan Lipur Lara Nusantara dan kini menulis menerusi kolum Dari Hikayat Kita di DagangNews.com, setiap Isnin.   Emel : [email protected]
 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL DARI HIKAYAT KITA