Kenapa pembangunan kerjaya itu amat penting? | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
DEWI - 09 Jul 2021 07:53 AM

Kenapa pembangunan kerjaya itu amat penting?

 

 

KENAPA pembangunan kerjaya itu amat penting terutama dalam melihat penyelenggaraan aspek dinamik, progresif, maju dan berdaya saing?

 

Dalam bidang kerjaya setiap individu itu perlu faham apakah bentuk penilaian yang digaris pandukan dalam menjadikan pembangunan kerjaya terutama di dalam diri sendiri itu lebih progresif, dinamik, maju dan berdaya saing?

 

Dapat dirungkaikan kemunduran individu dalam penjalinan bidang kerjaya itu dapat menyatakan akan kegagalan dan kelemahan individu langsung tidak memahami akan kehebatan diri sendiri terutama dalam menjayakan daya saing hebat, mempelajari pengetahuan tanpa henti, mendidik diri akan kemahiran semasa, mencari nilai kreativiti dan inovasi yang boleh didagangkan, sensitif terhadap nilai moral dan maruah diri sendiri, sentiasa mencari penambahan nilai pendidikan sendiri, menghargai nilai kebudayaan semasa dan sentiasa positif terhadap keperluan adanya perubahan sikap.

 

Perubahan ekonomi, sosial, politik dan perubahan global adalah penyumbang utama kepada pembangunan dan perubahan kerjaya seorang individu. Seorang individu akan kecewa bila mana keadaan yang sebelum ini begitu mewah dan teratur dalam menjalankan usaha dapatan ekonomi semasa terbaik, namun apabila keadaan semasa telah menjadikan ekonomi itu menjunam dan tidak mendapat pulangan yang diharapkan seperti biasa ianya telah menjadikan individu kecewa. Apabila di dalam keadaan yang kecewa tanpa ajari diri sendiri mengenai jangan terlalu kecewa hingga tidak mengenali diri sendiri, keadaan itu menjadikan individu kalah dalam kehidupan dan mengambil keputusan untuk berdiam dan bersedih.

 

Cuba untuk bentuk pembangunan kerjaya tersendiri dimana pembangunan kerjaya itu disesuaikan dengan keadaan perubahan ekonomi, social, politik dan perubahan global kini dan bukannya membentuk pembangunan kerjaya berdasarkan kehebatan kerjaya lepas yang mana sudah kecundang. Mulakan perubahan kerjaya dengan memberitahu diri sendiri bagaimana menyenaraikan kehebatan semasa di dalam diri sendiri dan sesuai dengan keadaan perubahan ekonomi, social, politik dan perubahan global.

 

dewi

 

Sebagai contoh sekiranya seorang individu kerjaya sebelum ini adalah seorang pengurus bank telah diberhentikan kerana masalah ekonomi semasa.  Individu ini perlu menggariskan atau menyenaraikan kehebatan, kelebihan dan pengetahuan yang ada di dalam diri sendiri, buat kajian penyenaraian tersebut kerana tanpa penyenaraian ini individu akan berterusan dalam keadaan keliru dan mungkin individu masih faham bahawa dia adalah seorang pengurus bank yang mana seorang pengurus bank mempunyai etika kerja berbeza dengan keadaan setelah diberhentikan sebagai pengurus bank.

 

Setelah faham jenis kerjaya sebelum ini, mengapa tidak berjaya dan kenapa diberhentikan dan memerhati akan keadaan semasa seperti ekonomi, sosial, politik dan global.

 

 Apabila sudah faham secara terperinci keadaan tersebut dengan keadaan semasa maka individu ini perlukan tindakan terperinci bagi menjadikan diri mempunyai daya usaha dalam menjadikan pembangunan dan perubahan kerjaya untuk diri sendiri itu berjalan dengan perancangan yang seiringan bersama keadaan semasa.

 

dewi

 

Faham pembangunan kerjaya di dalam diri sendiri itu penting ini dapat mendorong kepda pembinaan kegemilangan diri, apabila individu sudah memahami kepentingan pembangunan kerjaya di dalam kehidupan sendiri ianya menjadikan individu tersebut lebih berkarisma, beridealisme mempunyai pencaturan terhadap cita-cita tersendiri dan pembentukan arah untuk mencapai kegemilangan biarpun sekiranya ianya di dalam keadaan ekonomi dan politik yang tidak stabil.

 

Mempunyai kerjaya di dalam kehidupan personal ini dapat menceritakan dan dapat menggambarkan individu seorang yang telah berjaya menggariskan kepentingan idealisme dan cita-cita di dalam kehidupan sendiri, dapat memperlihatkan utuh nilai identiti, gaya hidup tersendiri dan menjadikan tanda dengan adanya nilai kerjaya itu ianya jelas menyatakan usaha untuk mencapai sumber pendapatan, mencapai kepuasan berdasarkan apa telah digariskan, tanda usaha dalam membangunkan potensi, kreativiti, inovasi dan menyatakan daya bertanggungjawab terhadap kehidupan semasa diri sendiri dan persekitaran semasa.

 

Alasan sedih menyatakan bahawa keadaan ekonomi terkini menjadikan diri sebagai seorang yang tidak berkerjaya itu adalah salah dan pendapat sedih kerana tidak ada kerjaya itu telah menjadikan diri individu tersebut lebih tertanam dengan pendapat diri sendiri. Jelas diri sendiri itu sememangnya segan untuk berusaha. Mulakan usaha dengan kenali diri dan cari cara penyesuaian diri untuk mendapatkan pilihan tepat kepada nilai kerjaya yang terbaik.

 

Dengan adanya kerjaya di dalam kehidupan ini dapat menyatakan akan usaha kepada suatu perjuangan untuk hidup tanpa henti, bentuk kerjaya itu tidak menjadikan ukuran, ianya akan menjadi perbezaan berdasarkan pulangan hasil dapatan dan kategori kerjaya yang telah lama dulu di senaraikan atau dibezakan.

 

Namun jenis kerjaya tidak akan dipersoalkan kerana adanya kerjaya itu dapat menggariskan ianya merupakan satu arah perkembangan diri individu tersebut, kerjaya menjadikan tanda individu berusaha dalam mencapai perubahan, individu mengangkat maruh sendiri, kerjaya dijadikan pengukur kepada penyataan nilai kemajuan diri sendiri di dalam membina harga diri dan juga di dalam membina kekayaan didalam kehidupan sendiri.

 

Apa yang diperlukan untuk faham tentang nilai kerjaya yang perlu ada di dalam diri sendiri? Diri sendiri perlu tekun berusaha dalam mencari rahsia kejayaan serta kemajuan diri melalui pemilihan tepat kerjaya kerana kerjaya itu dapat menjana keintelektualan dan kreativiti individu tersebut.

 

Daya kerajinan dan ketekunan itu akan terbentuk dengan terbaik sekiranya nilai kerjaya itu jelas dan terperinci di dalam perancangan dapatan semasa. Pemahaman nilai kerjaya juga dapat membentuk nilai produktf dalam diri sendiri menguasai kemahiran. Pengurusan terbaik di dalam nilai kerjaya juga dapat membezakan akan kualiti pengamalan kerjaya yang lengkap.

 

Dengan keadaan semasa kini, ubahlah cara berfikir mengenai kekusutan mengejar kerjaya yang diidamkan tanpa mengkaji kedudukan keupayaan diri dan apabila kecewa maka dengan ringan hati diperkatakan dengan teguh ianya disebabkan masalah ekonomi, masalah social, masalah sebagainya pada halnya ianya berpunca daripada masalah diri sendiri kerana ‘tidak mengukur baju di badan sendiri’, tidak ada perubahan mentaliti untuk faham apakah itu ‘makan gaji’, tidak faham dengan terperinci apakah difinasi kerjaya dan apakah kesan kerjaya di dalam amalan kehidupan diri sendiri.

 

Kekuatan diri dan sanggup keluar daripada kepompong mewah,  sebelum ini diri sendiri mewah kerana berkerjaya dengan bayaran mewah setelah kerjaya tandus atau terputus kemewahan hilang maka masuk pula di dalam kepompong misikin,  kuatkan lagi semangat, diri sudah miskin tetapi keupayan diri dan ilmu tidak pernah misikin maka carilah penyesuaian kerjaya  terhadap keupayaan diri sendiri, berfikiran lebih positif dan rasional, tahu menyesuaikan diri dengan perubahan dan kemajuan semasa maka bijaklah dalam mengamalkan perinsip hidup yang baik, bijak merancang dan mengurus kerjaya sendiri, kuat berusaha majukan diri.

 

Fahami Allah sentiasa beri yang terbaik kepada mereka yang berusaha dengan tabah. Allah beri dan ambil hanya sekelip mata maka Jujur dan amanah adalah senjata utama dalam menjayakan kerjaya semasa.

 

Dr Dewi Tajuddin adalah Pensyarah Kanan Pengurusan, (Pengkhususan Pengurusan Bakat, Pembangunan Sumber Manusia, Pengurusan Sumber Manusia dan Pengurusan Strategik), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan di UiTM Sabah. - DagangNews.com

 

 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI DEWI DI DAGANGNEWS.COM