Isu Siti Nurhaliza, baju Olimpik Malaysia: Tiada perancangan strategik, timbullah kontroversi  | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Infiniti - 5 July 2024

Isu Siti Nurhaliza, baju Olimpik Malaysia: Tiada perancangan strategik, timbullah kontroversi

 

 

 

PERANCANGAN strategik bukan sahaja membantu pemimpin perniagaan menetapkan matlamat untuk pertumbuhan organisasi dan cara mereka berhasrat untuk mencapainya.

 

Perancangan strategik adalah berfaedah untuk semua urusan seharian meliputi perkara yang berbeza.

 

Kita boleh memastikan bahawa tindakan kita berada pada inisiatif dengan kesan yang paling ketara apabila kita memahami dengan jelas ke mana arah tuju tindakan kita.

 

Melihat kepada dua perkara kontroversi yang berlaku baru-baru ini, yang pertama kontroversi apabila netizen mempersoalkan di mana belang harimau malaya pada pakaian berkenaan kerana ia kelihatan tenggelam.

 

 

infiniti

 

 

Mereka turut mempersoalkan mengapa Jalur Gemilang pada baju diwarnakan dengan warna kuning atau emas sedangkan bendera Malaysia perlu dihormati dengan mengekalkan warna asal.

 

Kontroversi ini berlaku apabila kita tidak dapat menentukan ke arah mana matlamat kita perlu disasarkan.

 

Jika kita lihat proses perancangan strategik juga membolehkan kita membuat set tindakan untuk diedarkan kepada pihak berkepentingan dan kakitangan untuk memastikan tindakan mereka sejajar.

 

Kontroversi yang kedua juga berlaku akibat perkara yang sama apabila perlantikan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai pakar di Pusat Pendidikan Berterusan Pendidikan Universiti Malaya (UMCced) telah mengundang perdebatan warga maya yang merasakan beliau tidak layak diberikan jawatan tersebut.

 

 

infiniti

 

 

Namun pandangan itu dibidas beberapa individu lain termasuk ahli akademik seperti penyelidik dan pensyarah. Yang perlu dibidas sebenarnya bukanlah isu siapa yang dilantik tetapi keperluan lantikan itu.

 

Ini juga berlaku apabila kita gagal menentukan matlamat atau ke arah mana hala tuju organisasi kita perlu disasarkan.

 

Pentingnya Perancangan Strategik

Mencetak visi masa depan dan menentukan matlamat serta objektif organisasi perlu melalui proses perancangan strategik.

 

Walaupun ia mungkin mengambil masa, perancangan strategik lazimnya mewakili objektif jangka pertengahan hingga panjang selama tiga hingga lima tahun.

 

Ia berbeza daripada perancangan yang biasanya menumpukan pada matlamat taktikal segera, termasuk cara belanjawan diperuntukkan.

 

Pelan strategik membolehkan pekerja, pelanggan, rakan kongsi perniagaan, pelabur dan orang awam untuk berbincang, memahami dan terlibat dengan  strategi yang dirangka dengan mudah.

 

Organisasi yang terlibat dalam kontroversi seperti dua perkara di atas seharusnya memperbaiki dan terlibat secara berkala dalam perancangan strategik untuk mempertimbangkan kesan perubahan sentiment semasa situasi pasaran, perindustrian, undang-undang dan peraturan.

 

 

parafrasa

 

 

Dengan itu, perancangan strategik boleh dikemas kini dan dipinda untuk mengambil kira sebarang pengubahsuaian strategik.

 

Apakah 5 langkah untuk Perancangan Strategik yang berkesan?

Sekumpulan kecil pihak yang kepentingan penting dan pembuat keputusan bertanggungjawab untuk membuat pelan strategik. Ia juga dikenali sebagai jawatankuasa pengurusan.

 

Walaupun mereka bukan satu-satunya yang terlibat, mereka akan bertanggungjawab dalam menganalisa tindakan. Setelah pasukan dibentuk, mereka mula bekerja pada perancangan strategik.

 

Langkah 1: Kenal pasti posisi mereka

Kumpulan ini mesti memahami di mana posisi berada sebelum membangunkan strategi dan menentukan destinasi organisasi mereka.

Jadi, jawatankuasa pengurusan mereka perlu mengetahui dengan mengumpulkan seberapa banyak maklumat daripada pelbagai pihak berkepentingan seperti pekerja dan pelanggan.

 

Langkah 2: Tentukan matlamat dan objektif sesuatu tindakan

Pertimbangkan kedudukan sedia ada organisasi, di mana organisasi berada sekarang, semasa mereka merencana sesuatu tindakan atau rancangan.

Ambil petunjuk daripada dokumen korporat penting terdahulu semasa peringkat perancangan. Ini adalah untuk memastikan satu tindakan yang diambil akan membawa organisasi mereka ke arah yang betul.

 

Langkah 3: Dokumenkan pelan strategik

Sudah tiba masanya untuk pelan strategic didokumenkan, sekarang apabila organisasi tahu di mana mereka berada dan ke mana mereka mahu pergi.

Mengambil kira kedudukan dan strategi mereka, pelan strategik akan membantu menentukan rancangan seluruh organisasi selama tiga hingga lima tahun.

Walaupun organisasi sedang membangunkan pelan jangka panjang, ingat bahawa pelbagai komponen pelan strategik perlu dikemas kini apabila bulan dan tahun berlalu.

 

Langkah 4 – Laksanakan rancangan organisasi

Sudah tiba masanya untuk melaksanakan rancangan, selepas semua persiapan itu.

Melaksanakan strategi baharu memerlukan komunikasi terbuka di seluruh organisasi untuk memastikan semua orang mengetahui peranan mereka dan cara menilai prestasi rancangan.

 

Langkah 5: Pembetulan dan susun semula mengikut keperluan

Organisasi sepatutnya telah selesai membangunkan dan melaksanakan rangka kerja strategi baharu sekarang. Memantau dan mengurus strategi ialah peringkat terakhir perancangan.

Kongsi pelan strategik organisasi; jangan simpan sendiri. Pastikan semua pihak berkepentingan, terutamanya kepimpinan kanan, mempunyai akses kepadanya supaya mereka dapat memahami bagaimana tugas mereka sejajar dengan keutamaan korporat dan pelan strategik yang lebih luas.

Dengan ini perkara kontroversi yang boleh menjejaskan reputasi organisasi dapat dikurangkan. - DagangNews.com

 

Afizan Amer adalah Pensyarah Kanan Pemasaran Digital, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Kampus Rembau , Universiti Teknologi Mara N.Sembilan.

 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL INFINITI

 

dagangnews

 

Portfolio Tags