Kesihatan mental semakin meruncing dalam tekanan ekonomi | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Infiniti - 22 Dec 2023 08:00 AM

Kesihatan mental semakin meruncing dalam tekanan ekonomi

 

 

BEBERAPA minggu kebelakangan ini kesihatan mental telah menjadi topik yang semakin penting dalam era moden.

 

Di tengah-tengah perubahan pesat dalam teknologi, ekonomi merudum, perubahan gaya hidup, dan tuntutan sosial, ramai individu merasakan tekanan yang lebih besar terhadap kesihatan mental mereka.

 

Ini menuntut satu usaha yang lebih terancang dalam menangani cabaran kesihatan mental pada zaman moden bagi memberi panduan untuk menjaga serta mengukuhkan kesihatan mental.

 

 

parafrasa

 

 

Cabaran Kesihatan Mental di Era Moden

Kesan Media Sosial merupakan faktor penting ke atas cabaran mengurus kesihatan mental.

 

Walaupun media sosial membolehkan kita berhubung dengan ramai orang, ia sering juga mencetuskan perasaan cemburu, rendah diri dan kebimbangan. Perbandingan diri individu dengan gaya hidup orang lain di alam siber boleh merosakkan kesihatan mental.

 

Pecutan atau pun ledakan teknologi juga telah mewujudkan jangkaan untuk respons yang lebih pantas dalam semua aspek kehidupan. Ketagihan telefon bimbit dan jangkaan tindak balas segera boleh menyebabkan tekanan yang tidak perlu ada dalam diri manusia sebelum ini.

 

Kadar permintaan dan bebanan kerja  serta produktiviti juga memainkan peranan. Persekitaran kerja yang kompetitif dan tekanan untuk mencapai produktiviti maksimum boleh menyebabkan tekanan kronik.

 

Ramai orang mendapati sukar untuk mencapai keseimbangan antara kehidupan peribadi dan kerja.

 

Pengasingan sosial dalam masyarakat semakin tegang. Walaupun kita hidup dalam dunia yang terhubung secara digital, ramai orang mengalami perasaan pengasingan sosial. Kehilangan hubungan sosial yang sebenar boleh menyebabkan kesunyian dan kemurungan

 

Krisis kesihatan global seperti pandemik COVID-19 telah meningkatkan kebimbangan dan kemurungan di seluruh dunia. Ketidakpastian yang dikaitkan dengan krisis ini menjejaskan kesihatan mental ramai individu.

 

 

parafrasa

 

 

Faktor faktor ini telah membawa kepada peningkatan ke atas kes kesihatan mental pada masa kini.

 

Ini merujuk kepada beberapa kejadian yang menyayat hati seperti pegawai kanan polis yang dipercayai terlibat dalam kes kemalangan maut seorang pelajar tingkatan lima di Meru Jumaat lepas.

 

Serta kejadian penderaan seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun satu bulan oleh pengasuh di kawasan Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan seperti yang tular di media sosial.

 

Cara Menjaga dan Memperkukuh Kesihatan Mental

Kekal dalam keadaaan berkomunikasi.Jangan teragak-agak untuk bercakap dengan rakan, keluarga atau profesional kesihatan mental tentang perasaan kita. Perkongsian boleh membantu melegakan tekanan perasaan.

 

Urus penggunaan media sosial. Individu seharunya menghadkan masa yang mereka luangkan di media sosial dan susun persekitaran dalam talian untuk menjadikannya lebih positif.

 

Ingatlah bahawa kehidupan sempurna yang dipertontonkan di media sosial selalunya tidak mencerminkan realiti.

 

Pertimbangkan teknik relaksasi yang lebih terancang. Amalan meditasi, hobi, riadah atau senaman boleh membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesihatan mental ahli masyarakat.

 

 

parafrasa

 

 

Selain itu seseorang individu perlu kekal aktif: Mereka boleh lakukan aktiviti fizikal yang kerap. Senaman membebaskan endorfin, yang boleh meningkatkan mood dan mengurangkan gejala kemurungan.

 

Tetapkan had masa penggunaan pada teknologi. Tetapkan had masa untuk penggunaan peranti teknologi, terutamanya sebelum tidur. Ini boleh membantu meningkatkan kualiti tidur dan meningkatkan kualiti rehat yang seseorang individu perlukan.

 

Tetapkan Keutamaan dalam melaksanakan tugasan seharian. Ini boleh dilaksankan dengan mengenal pasti tugas paling penting dalam hidup dan tetapkan keutamaan dengan bijak. Jangan terlalu keras pada diri sendiri untuk mencapai semuanya sekaligus.

 

Cari bantuan profesional jika seseorang itu berasa tertekan dengan masalah kesihatan mental, jangan teragak-agak untuk mendapatkan bantuan daripada profesional kesihatan mental. Terapi boleh menjadi alat yang sangat berkesan untuk menangani masalah kesihatan mental.

 

Generasi Z adalah generasi yang tumbuh dalam era digital seperti masa ini yang terhubung erat dengan dunia melalui gadget mereka. Tekanan dan tuntutan yang datang dari kehidupan online dan sosial media ini bukan tidak mungkin dapat memengaruhi kesehatan mental mereka.

 

Kesihatan mental di era moden ini dapat disimpul memerlukan perhatian khusus dan langkah pencegahan.

 

 

parafrasa

 

 

Dengan perubahan gaya hidup, teknologi dan tuntutan sosial yang semakin kompleks, adalah penting untuk melabur dalam penjagaan diri dan mengutamakan kesihatan mental.

 

Dengan sokongan, komunikasi terbuka dan usaha peribadi, kita boleh mengatasi cabaran ini dan mengekalkan kesihatan mental yang baik dalam dunia yang sentiasa berubah ini. - DagangNews.com

 

Afizan Amer adalah Pensyarah Kanan Pemasaran Digital, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Kampus Rembau , Universiti Teknologi Mara N.Sembilan.

 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL INFINITI

 

dagangnews