Mengekalkan produktiviti sepanjang Ramadan dengan Teknik Pomodoro | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Infiniti - 7 April 2023

Mengekalkan produktiviti sepanjang Ramadan dengan Teknik Pomodoro

 

 

SELEPAS pandemik COVID-19 reda dan Perintah Kawalan Pergerakan ditarik balik, Ramadan 2023 menjadi Ramadan pertama yang akhirnya dapat disambut seperti biasa semula.

 

Dalam fasa peralihan daripada pandemik kepada kehidupan normal sebelum pandemik, seolah-olah masyarakat Malaysia kini dituntut untuk kembali menjalankan rangkaian aktiviti rutin di luar rumah seperti sekolah dan bekerja.

 

Ramadan tahun ini merupakan Ramadan pertama yang masyarakat kini kembali kepada kehidupan normal sepenuhnya semula sambil melakukan banyak aktiviti di luar rumah, termasuk bekerja dari pejabat seperti sebelum wabak.

 

Dalam rangka menyambut bulan Ramadan yang mulia dan menjalani kehidupan yang rutin semula beberapa langkah untuk kekal aktif dan produktif di tempat kerja semasa berpuasa boleh difikirkan.

 

Gunakan Teknik Pomodoro untuk kekal fokus

Memasuki pejabat ditambah pula dengan usaha menahan lapar dan dahaga tentunya juga boleh menjejaskan keadaan badan dan mengurangkan tumpuan di tempat kerja.


 

parafrasa

 


Itulah sebabnya mengekalkan fokus di tempat kerja sering menjadi cabaran kepada pekerja, terutamanya mereka yang mudah terganggu.

 

Untuk belajar lebih fokus pada kerja, Teknik Pomodoro boleh menjadi penyelesaian yang berkesan. Teknik Pomodoro menggunakan pengurusan masa kerja dan rehat.

 

Secara amnya, para pekerja boleh menggunakan 25 minit untuk memberi tumpuan kepada kerja, dan selepas itu memanfaatkan 5 minit untuk berehat sebentar.

 

Semasa rehat, mereka boleh mengisi masa mereka dengan melakukan perkara yang menyeronokkan seperti berbual dengan rakan sekerja, melakukan senaman ringan untuk meregangkan otot mereka dan mencari idea menu berbuka puasa pada aplikasi penghantaran makanan.

 

Cara menggunakan Teknik Pomodoro di pejabat

Pejabat moden kini bersifat lebih terbuka dari sebelumnya dari segi memaksimumkan kecekapan dan budaya syarikat.

 

Teknik Pomodoro boleh membantu meningkatkan ruang dan budaya kerja para pekerja sesebuah syarikat serta benar-benar memotivasikan pasukan mereka.

 

Teknik ini juga sesuai untuk pekerja bebas (freelance) dan para pekerja yang bekerja dari rumah yang ingin menumpukan perhatian terhadap tugasan dan kekal "fokus."


 

parafrasa

 


Jika sesebuah organisasi mahu memastikan pasukan mereka menumpukan perhatian pada satu tugas, maka galakkan mereka untuk melibatkan diri dalam Pomodoro kumpulan.

 

Kerja dan waktu rehat yang dikongsi bersama dapat membantu sepasukan pekerja berasa lebih bersatu walaupun mereka berjauhan antara satu sama lain.

 

Dengan memperuntukkan tempoh masa bekerja yang kecil dengan waktu berehat yang pendek tetapi menyegarkan serta menantikan waktu rehat yang lebih panjang, teknik Pomodoro boleh memuaskan hati untuk mencapai matlamat yang kecil.

 

Waktu rehat untuk minum kopi dan makan tengah hari yang penting sepanjang hari, kini boleh dijadikan sebagai waktu rehat yang panjang semasa Ramadan.

 

Ini adalah sangat digalakkan dalam struktur Pomodoro bagi membantu pekerja kekal aktif di bulan Ramadan dan akan menjadikan waktu kerja lebih fokus dan juga mendatangkan kepuasan.

 

Walaupun teknik Pomodoro ini mungkin tidak sesuai untuk semua orang, terutamanya golongan yang sudah pandai menguruskan masa, namun teknik ini merupakan alat berharga apabila pasukan anda sangat perlu menyiapkan kerja, seperti bekerja dengan tangkas dan pada rentak yang lebih pantas.

 

Pomodoro untuk perbaiki pengurusan masa kerja selepas Ramadan

Walaupun teknik Pomodoro ini dilaksanakan dalam bulan Ramadan tetapi ia juga membantu para majikan untuk mendidik pekerja mereka dengan kaedah pengurusan masa di luar bulan Ramadan.


 

parafrasa

 


Sebaik sahaja kumpulan para pekerja sudah biasa dengan teknik Pomodoro, maka mudah untuk mengira bilangan sesi kerja yang diperlukan untuk kerja akan datang selepas Ramadan.

 

Ini boleh menjadi cara yang hebat untuk merancang minggu atau bulan kerja mereka untuk bulan-bulan akan datang.

 

Para majikan boleh mencuba berikan tugas yang paling penting dalam tempoh 25 minit dahulu pada waktu pagi untuk memastikan keutamaan mereka sentiasa diuruskan, walaupun tidak lagi menggunakan sebarang sesi Pomodoro untuk sepanjang hari.

 

Para majikan juga mungkin mahu melaksanakan sesi Pomodoro yang ditetapkan setiap minggu. Tentukan waktu yang paling sesuai untuk pasukan pekerja anda mencapai matlamat dan masukkan waktu itu dalam diari kerja mereka sebagai jam tetap untuk menggunakan kaedah Pomodoro.


 

parafrasa

 


Kaedah Pomodoro sangat boleh disesuaikan mengikut keadaan dan bukan sahaja berkesan dalam bulan Ramadan.

 

Dengan ini para majikan  boleh mencipta kaedah pengurusan masa yang terancang untuk pekerja mereka. – DagangNews.com

 

 
Afizan Amer adalah Pensyarah Kanan Pemasaran Digital, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Kampus Rembau , Universiti Teknologi Mara N.Sembilan.
Portfolio Tags