Pemasaran E-Mel Tidak Berkesan? Adakah perkembangan digital di Malaysia terjejas?
SEJAK kebelakangan ini banyak syarikat memperkatakan keberkesanan pemasaran e-mel kian meragukan.
Sebenarnya terdapat faktor yang perlu dipertimbangkan untuk menyokong keberkesanan strategi pemasaran e-mel.
Antara faktor penting dalam meningkatkan keberkesanan strategi pemasaran e-mel ialah menentukan masa terbaik untuk menghantar pemasaran e-mel.
Setiap hari kebanyakan orang menerima e-mel. Biasanya, pemasaran e-mel disebarkan untuk pemasar pada sepanjang hari dan beberapa di antaranya diterima pada jam-jam tertentu seperti hari ini, atau malah di malam hari.
Mengapa waktu terbaik menghantar e-mel begitu penting?
Kajian digital menunjukkan bahawa waktu penghantaran e-mel memainkan peranan penting agar sasaran dibuka, nisbah klik tinggi, dan lain-lainnya.
Panduan menghantar e-mel mengikut hari dalam seminggu
Mungkin kita berfikir bahawa hari apa pun dalam seminggu sesuai sahaja untuk menghantar e-mel. Namun, kenyataannya tidak demikian.
Jika para pengusaha memikirkan bagaimana kebiasaan setiap individu bekerja setiap harinya dalam seminggu.
Ini boleh membantu mereka membuat keputusan mengenai hari apa dalam seminggu yang merupakan hari terbaik untuk menghantar e-mel.
Berikut adalah butiran hari-hari dalam seminggu:
Isnin merupakan hari di mana setiap individu memulakan aktiviti kerjanya selepas menghabiskan waktu cuti bersama keluarga. Mereka juga datang terlambat yang membuatnya tidak sempat menyemak e-mel daripada ahli atau pelanggan.
Ini akan menyebabkan pemasaran e-mel atau promosi biasanya mereka abaikan, belum/tidak dibuka, atau bahkan langsung dihapuskan.
Namun, data terbaru menunjukkan bahawa hari Isnin bukan hari yang buruk juga untuk menghantar e-mel kerana potensi dibuka selalu sama dengan hari-hari lain dalam seminggu.
Selasa hingga khamis untuk pemasar cenderung menganggapnya sebagai hari terbaik untuk menghantar e-mel.
Alasannya, setiap orang sudah biasa dengan rutin kerja mingguannya, termasuk menyemak e-mel. Maksudnya, mereka cenderung membuka dan mengklik e-mel apa sahaja yang ada di peti masuk e-melnya.
Pada hari Jumaat pula banyaknya orang yang siap menyambut cuti rehat, banyak tugas atau projek kerja yang tidak dimulakan pada hari ini.
Mereka menganggap hari Jumaat sebagai hari untuk menyelesaikan tugas atau projek kerja. Data terkini menunjukkan bahawa kemungkinan e-mel dibuka dan diketik tetap pada hari-hari lain dalam seminggu.
Hujung minggu pula keadaan berbeza dalam banyak perkara, orang tidak menyemak e-mel diwaktu ini dan menggunakan dua hari ini sebagai waktu rehat dari pekerjaan atau memilih menghabiskan masa untuk keluarga.
Apabila mereka fokus kepada kehidupan peribadi, masa untuk menyemak e-mel menjadi berkurangan. Namun begitu, ini bergantung pada budaya kerja, geografi, dan jenis pekerjaannya.
Syarikat atau pemasar perlu mengelakkan menghantar emel pada waktu ini. Memang masih banyak orang yang membuka dan mengklik e-mel pada hari Sabtu dan Minggu tetapi tidak seramai pada hari kerja.
Panduan menghantar e-mel mengikut waktu dalam sehari
Masa adalah faktor lain yang memengaruhi dalam memilih waktu terbaik menghantar pemasaran e-mel atau kempen. Dalam banyak perkara, penghantaran e-mel pada masa kerja biasa merupakan perkara yang paling masuk akal kerana kebanyakan sedang dalam talian dan aktif memeriksa e-mel.
Namun, hal ini juga boleh bergantung pada hari dalam seminggu. Terkadang, dalam sehari ada jam-jam tertentu yang lebih baik. butiran hal-hal yang perlu dipertimbangkan masa memilih jam terbaik untuk menghantar pemasaran e-mel:
Pagi: 7.00 hingga 10.00 boleh menjadi waktu yang optimum jika sesesbuah syarikat ingin menarik perhatian seseorang semasa mereka sedang dalam talian untuk memulakan aktiviti kerja atau menyemak email masuk.
Siang: 11.00 hingga 1.00 pula merupakan waktu yang paling optimum kerana pada masa inilah banyak orang sedang berehat makan siang.
Namun, bergantung pad acara kerja mereka. Banyak yang menghabiskan jam makan siangnya jauh dari komputer sehingga mereka tidak menggunakan emel.
Sementara yang lain tetap bekerja sambil makan siang dan tetap menyemak e-mel serta membukanya semasa rehat makan siang.
Petang 15.00 hingga 17.00 boleh menjadi waktu yang optimum jika syarikat ingin mencuri perhatian seseorang menjelang waktu rutin pekerjaannya berakhir.
Banyak orang yang menyelesaikan tugas kerja mereka, atau mula membuat rencana kerja untuk hari berikutnya. Sehingga, menghantar e-mel pada jam tersebut boleh menjadi waktu terbaik.
Malam 18.00 hingga 21.00 pula merupakan waktu yang boleh optimum jika mereka ingin menjangkau sasaran di luar jam kerja.
Orang-orang cenderung masih menyemak e-mel pada waktu ini. Mungkin, ini masa yang tepat untuk menghantar pemasaran atau kempen e-mel jika ingin menyasarkannya di luar jam kerja. - DagangNews.com
Afizan Amer adalah Pensyarah Kanan Pemasaran Digital, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Kampus Rembau , Universiti Teknologi Mara N.Sembilan.
KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL INFINITI