Pemasaran Gaya Hidup: Strategi digemari parti politik dalam PRN 2023 | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Infiniti - 14 July 2023

Pemasaran Gaya Hidup: Strategi digemari parti politik dalam PRN 2023

 

 

SEBAGAI sebuah parti politik bersaing untuk memenangi hati pengundi yang majoritinya datang dari golongan pengundi muda, maka seharusnya mereka sentiasa mahu terikat dan mempunyai hubungan sebelah menyebelah atau amat rapat dengan bakal pengundi.

 

Satu pendekatan pemasaran yang parti politik boleh dilakukan ialah pemasaran gaya hidup. Dalam artikel kali ini, kita akan melihat apakah yang dikatakan sebagai pemasaran gaya hidup dengan mengenengahkan contoh amalan pemasaran gaya hidup itu sendiri.

 

Pemasaran gaya hidup boleh diamalkan dalam pelbagai jenis perniagaan yang mempunyai model B2C atau perniagaan kepada pengguna.

 

Dalam keadaan kempen pilihan raya ini sesuatu jenama parti politik itu akan cuba untuk menjadi mendekati kumpulan sasar mereka dengan memperlihatkan mereka mempamerkan gaya hidup kumpulan sasar.

 

Jika kita lihat kebanyakan jenama parti politik itu cuba memaparkan kefahaman pereka terhadap kumpulan sasar dengan cuba memasuki gaya hidup mereka dalam kehidupan seharian, dan seakan cuba menjadi magnet bagi kelompok pengundi yang melihatnya.

 

Sebagai contohnya kebelakangan ini banyak jenama parti politik cuba memaparkan sokongan pengundi muda terhadap jenama parti politik mereka melalui kembara bermotosikal. Ini adalah seakan-akan kembara bermotosikal mewakili jiwa dan gaya hidup pengundi muda. Adakah ini tepat?


 

parafrasa

 


Tiktok

Kebanyakan parti politik juga mendekati platform digital Tiktok, persoalannya kenapa Tiktok? Adakah ini juga dikaitkan dengan pemasaran gaya hidup? Ya ini juga merupakan satu lagi pendekatan yang dikatakan sebagai pendekatan pemasaran gaya hidup.

 

Ini merujuk kepada gaya hidup orang muda yang menyukai sesuatu digital platform yang mampu mengekspresikan diri mereka.

 

Tiktok merupakan satu platform digital yang memberi peluang orang muda berkarya dan mencari perhati. Jadi persoalannya adakah orang muda hari ini merupakan satu golongan yang memerlukan lebih perhatian?

 

Bagi kumpulan pemasar yang ingin memahami pemasaran gaya hidup secara ringkas, maka mereka boleh meneliti keadaan persaingan antara jenama parti politik yang bersaing untuk memenangi hati golongan sasar mereka pada pilihan raya negeri kali ini.  

 

Apakah pemasaran gaya hidup?

Menurut agensi pemasaran terkemuka, pemasaran gaya hidup ialah teknik yang meletakkan produk atau perkhidmatan mereka melalui satu simbolik, sebagai bentuk, aspirasi, dan estetika yang ideal bagi khalayak sasaran.

 

Ini juga boleh dikatakan  bagaimana sesuatu jenama parti politik itu memasarkan jenama parti mereka dengan pelbagai cara yang sesuai dengan gaya hidup khalayak sasaran.


 

parafrasa

 


Kepentingan pemasaran gaya hidup

Terdapat beberapa sebab mengapa pemasaran gaya hidup boleh menjadi pendekatan pemasaran yang tepat untuk pola pengundian kali ini.

 

Pertama, strategi pemasaran parti politik  akan menjadi lebih terarah dan menjimatkan.

 

Dengan memahami apakah motif, kehendak, keperluan dan minat sasaran pengundi mereka, sesuatu jenama parti politik itu boleh mengenal pasti dan menyasarkan pengguna yang paling sesuai dengan nilai tawaran perkhidmatan yang akan diberikan selepas hari pengundian.

 

Dengan cara itu, akan mewujudkan hubungan yang lebih mendalam, kukuh dan lebih berkesan antara jenama parti politik dengan sasaran pengundinya.

 

Tidak lain dan tidak bukan, ini akan memberikan hubungan yang lebih peribadi di hati pengundi jenama parti tersebut.

 

Akhirnya sesuatu jenama parti politik itu akan mendapati lebih mudah untuk menguruskan hubungan baik ini dan pada akhirnya mereka boleh mencipta sekelompok pengikut setia yang tidak akan berpaling daripada jenama parti politik mereka .

 

Tambahan pun kini strategi pemasaran gaya hidup menjadi lebih berkesan bila media sosial sentiasa menjadi tempat yang sesuai bagi kelompok pengundi itu didekati untuk sesebuah parti politik melakukan pemasaran gaya hidup.

 

Mereka boleh berhubung rapat dengan khalayak mereka seperti menyasarkan digital platform tertentu seperti Tiktok. Dengan ini mereka boleh berkongsi kandungan, cerita, cerapan dan maklumat dengan cara yang lebih tepat kepada golongan sasar.


 

parafrasa

 


Dengan media sosial, parti politik bertanding boleh menjangkau lebih ramai khalayak sasaran. Itulah penjelasan pemasaran gaya hidup yang boleh digunakan untuk kempen pilihan raya negeri kali ini.

 

Selami gaya hidup pengguna sasaran. Ketahui apa aspirasi dan motif sebenar mereka, maka jenama parti politik akan memenangi hati mereka.

 

Sebagai pengundi yang bijak, pengundi baru harus berhati hati dalam menilai setiap informasi yang sampaikan, agar tidak hanya termakan dengan perangkap teknik pemasaran gaya hidup yang kurang rasional pelaksanaannya. - DagangNews.com

 

Afizan Amer adalah Pensyarah Kanan Pemasaran Digital, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Kampus Rembau , Universiti Teknologi Mara N.Sembilan.

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL INFINITI


 

parafrasa

 

Portfolio Tags