Penstrukturan diesel teras pelan peralihan bahan api fosil untuk Ekonomi Hijau
KITA kini banyak mengkritik pengstrukturan semula harga bahan bakar, yang terkini berkaitan dengan harga diesel.
Kita perlu sedar yang pada masa kini banyak bahan bakar untuk guna tenaga adalah berasakan bahan api fosil ayang tidak menyokong persekitaran ekonomi hijau.
Inisiatif pengstrukturan ini berpunca daripada peranan besar bahan api fosil dalam sistem ekonomi dan juga dalam sistem tenaga industri di Malaysia.
Atas dasar ini inisiatif yang lebih jitu perlu diusahakan supaya dasar-dasar yang menunjangi dalam melaksanakan ekonomi hijau, peralihan bahan api fosil dapat dijalankan.
Beberapa kajian berkaitan peralihan bahan api fosil serta perbincangan awam dan perbincangan dua hala dengan industri perlu diuasahakan terlebih dahulu oleh pihak kerajaan.
Dari segi perspektif sosial pula pihak kerajaan dan industri perlu memahamkan masyarakat umum tentang kepentingan membangun ekonomi dan alam sekitar yang mapan.
Faktor ini perlu diletakkan di hadapan apabila kita bercakap tentang peralihan bahan api fosil dalam sistem tenaga di Malaysia.
Untuk mendapatkan anjakan pemikiran pihak kerajaan perlu meningkatkan kesedaran tentang pentingnya peralihan bahan api fosil kepada pihak berkepentingan untuk, akhirnya, menyediakan perancangan bagi peralihan bahan api fosil di Malaysia untuk memperkukuh ekosistem ekonomi hijau.
Pelaksanaan dasar ekonomi hijau pula perlu dilihat tegas, bertujuan untuk menggalakkan dasar awam dalam mewujudkan sistem ekonomi hijau yang dapat mengimbangi pertumbuhan ekonomi dan perlindungan alam sekitar dengan memberi perhatian kepada daya tampung alam sekitar untuk generasi akan datang.
Program pengstrukturan harga bahan api berasaskan fosil ini diperlukan bagi menyokong gerakan transformasi ekonomi hijau bertujuan untuk mewujudkan ekonomi Malaysia yang turut memfokuskan kepada perlindungan alam sekitar.
Secara khusus, program ini bertujuan untuk mengubah sistem ekonomi Malaysia ke arah ekonomi yang mengeluarkan lebih sedikit gas rumah hijau sambil mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi.
Terdapat tiga pakej perkara penting dalam pengstrukturan semula harga bahan api yang perlu diberkan perhatian oleh kerajaan. Dalam proses pembentukan ekosistem ekonomi hijau ini peralihan bahan api fosil, pengoptimuman kecekapan tenaga dan mitigasi perubahan iklim perlu disepadukan.
Oleh itu, objektif khusus program ini secara sistematiknya perlu fokus kepada meningkatkan kesedaran tentang keperluan mendesak untuk beralih daripada bahan api fosil dalam sistem tenaga di Malaysia.
Yang kedua mengoptimumkan pelaksanaan kecekapan tenaga yang membawa kepada sistem penyahkarbonan tenaga di Malaysia dan yang ketiga memperkukuh dasar mitigasi perubahan iklim domestik.
Kecekapan pengunaan tenaga terutama sebagai bahan bakar industri berperanan dalam mewujudkan ekonomi hijau, di mana penggunaan tenaga yang kurang akan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, tetapi tidak akan menyebabkan penurunan tahap pertumbuhan ekonomi.
Mengoptimumkan kecekapan tenaga boleh dilaksanakan dalam semua sektor dalam aspek permintaan tenaga, seperti bangunan komersial, perindustrian, awam, isi rumah dan perindustrian.
Bahan api fosil , seperti arang batu, minyak, dan gas asli, adalah bahan organik yang terbentuk selama berjuta-juta tahun daripada organisma mati. Bahan api ini merupakan sumber tenaga yang penting untuk pemanasan, pengangkutan, dan penjanaan elektrik.
Walau bagaimanapun, pembakaran yang meluas menyumbang kepada kemerosotan alam sekitar, dengan lebih daripada 70% pelepasan gas rumah hijau yang disebabkan oleh manusia datang daripada CO2 yang dikeluarkan semasa pembakaran.
Menyedari betapa mendesaknya perubahan iklim, terdapat peralihan global ke arah penyelesaian tenaga mapan, bertujuan untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan api fosil.
Peralihan ini menimbulkan cabaran ekonomi, memerlukan pendekatan yang saksama untuk menangani kesan sosial.
Usaha antarabangsa, seperti matlamat pembangunan mampan PBB dan Perjanjian Iklim Paris, bertujuan untuk membimbing peralihan ini ke arah alternatif tenaga yang lebih bersih.
Penggunaan bahan api fosil mempunyai pelbagai kesan alam sekitar, melangkaui pengguna segera dan menjejaskan ekosistem di seluruh dunia.
Setiap jenis bahan api menyumbang kepada perubahan iklim dengan melepaskan CO2 apabila dibakar, dan arang batu amat buruk kerana ia menghasilkan pelepasan zarah tambahan, asap dan hujan asid.
Perubahan iklim memburukkan lagi kemerosotan ekosistem, mengancam kepupusan spesies, dan menimbulkan cabaran kepada pengeluaran makanan, akhirnya mengancam kesihatan manusia.
Selain itu, pembakaran menghasilkan asid sulfurik dan nitrik, yang menyebabkan hujan asid yang merosakkan struktur semula jadi dan buatan.
Bahan api fosil juga mengandungi unsur radioaktif seperti uranium dan torium, yang dilepaskan ke atmosfera apabila dibakar, menimbulkan risiko alam sekitar dan kesihatan.
Pembakaran arang batu menghasilkan abu dasar dan abu terbang yang ketara, yang memburukkan lagi pencemaran alam sekitar. - DagangNews.com
Afizan Amer adalah Pensyarah Kanan Pemasaran Digital, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Kampus Rembau , Universiti Teknologi Mara N.Sembilan.
KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL INFINITI