Peranan AI untuk mengoptimumkan perniagaan | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Infiniti - 30 Aug 2024 08:00 AM

Peranan AI untuk mengoptimumkan perniagaan

 

 

 

LEDAKAN transformasi digital telah menjadi topik utama dalam sektor perkhidmatan mahupun pembuatan.

 

Industri kewangan kini di mana-mana selalunya merupakan antara yang pertama mengguna pakai teknologi baharu, seperti perbankan internet kepada blockchain atau yang terkini, Kecerdasan Buatan (AI).

 

Walau bagaimanapun, seiring dengan evolusi teknologi, cabaran baru dan semakin kompleks muncul.

 

Industri perkhidmatan seperti kewangan menghadapi beberapa cabaran yang semakin sukar, terutamanya berkaitan pertumbuhan, keuntungan dan produktiviti.

 

Berikutan keadaan ekonomi yang semakin tidak menentu, ramai pemain dalam industri ini bergelut untuk kembali ke tahap pertumbuhan yang memuaskan.

 

Tekanan untuk syarikat kini semakin meningkat akibat ketidak tentuan pasaran. Pada masa yang sama, kos operasi terus meningkat terutama dalam sektor perbankan.

 

Pemain dalam industri kewangan kini mencari petunjuk yang berkualiti dan pertumbuhan yang sihat juga semakin mencabar. Sebabnya kuasa beli rakyat terus merosot dan persaingan semakin sengit.

 

Memandangkan cabaran ini, AI telah muncul sebagai penyelesaian strategik yang boleh membantu industri perkhidmatan kewangan menghadapi cabaran ini. Dalam menghadapi cabaran ini AI amat membantu.

 

 

infiniti

 

 

Bagaimanakah AI boleh berperanan?

Pertama , AI boleh membantu meningkatkan hasil melalui ketepatan penyasaran yang lebih berkesan dan cekap , serta meningkatkan produktiviti pasukan jualan melalui analisa data.

 

Sebaliknya, AI juga boleh mengurangkan kos operasi dengan mengambil alih kerja rutin dan pentadbiran manusia. Oleh itu, AI bukan sahaja menyumbang kepada peningkatan hasil tetapi juga kecekapan kos.

 

Bagi mereka yang berada dalam bahagian jualan pula, seharusnya mereka berterima kasih kepada AI, mereka yang bertanggung jawab dalam bahagian jualan kini dapat membina interaksi atau keyakinan dengan pelanggan dengan lebih cepat.

 

Salah satu faedah utama penggunaan AI, menurut jurujual, ialah keupayaannya untuk membantu mereka memahami dengan lebih baik keperluan pelanggan. Para pasukan jualan dapat menganalisa citarasa pelanggan dengan lebih tepat dan teperinci lagi.

 

Ini dapat menyelesaikan masalah utama dalam bahagian jualan. Salah satu penemuan masalah terbesar dalam bidang jualan ialah kesukaran yang dihadapi jurujual dalam memenuhi jangkaan pelanggan yang berubah-ubah. AI menyediakan penyelesaian yang tuntas untuk perkara ini.

 

Dengan penyelesaian ini bertambah baik maka dilihat AI berpotensi besar untuk meningkatkan produktiviti tenaga penjualan dalam semua industri dari barangan pengguna sehinggalah kepada industri perumahan.

 

Aplikasi AI dilihat akan memberikan mereka lebih banyak waktu untuk fokus kepada pelanggan. AI boleh digunakan oleh sesiapa sahaja, bukan sahaja syarikat besar, malah PKS juga perlu mengaplikasikan AI dalam proses perniagaan mereka.

 

Tambahan pula dalam suasana sebuah organisasi yang menekankan kepentingan syarikat. Dalam menangani keberkesanan AI mereka akan menyatukan data boleh diakses pada satu platform yang dipercayai dan membina AI ke dalam aliran proses kerja.

 

Ini akan memaksimumkan produktiviti dan kejayaan pasukan jualan dalam memanfaatkan teknologi canggih ini.

 

 

infiniti

 

 

Walau apa pun perkembangannya masih banyak syarikat masih ragu-ragu tentang AI. Mereka takut AI boleh menghapuskan fungsi manusia dan kemanusiaan dalam perniagaan sekalipun AI dapat meningkatkan produktiviti.

 

AI sebenarnya boleh mencipta peluang pekerjaan baharu Cuma mungkin tenaga kerja sahaja yang tidak mahu mempelajari kaedah kerja baru dan menolak perubahan.

 

Walaupun potensi faedah AI yang tidak terbatas, teknologi AI juga memberikan cabaran dari segi privasi dan melindungi data peribadi. AI mampu mengumpul pelbagai maklumat dan imej daripada internet yang kemudiannya digunakan untuk menghasilkan identiti palsu orang lain dan mempengaruhi pendapat umum, seperti yang dikenali sebagai deepfake.

 

Melaksanakan pematuhan mengikut undang-undang boleh menjadi garis panduan yang diperlukan untuk memudahkan aktiviti dalam dunia digital, dengan itu melindungi data peribadi dan hak privasi pengguna di tengah-tengah perkembangan pesat dan penggunaan teknologi AI.

 

Untuk memastikan perkembangan transformasi digital ini tidak terganggu dan mendapat keyakinan tinggi industri dan masyarakat di Malaysia, pihak kerajaan berusaha untuk memperbaiki kerangka peraturan dan mempercepatkan pelaburan dalam infrastruktur lokal untuk pembangunan Gen AI.

 

Ini dapat kita lihat melibatkan usaha dan  perbincangan penting tentang peningkatan infrastruktur kadar guna tenaga Malaysia dengan penstrukturan semua skill pekerja melalui pendidikan seperti  TVET. 

 

AI dan GenAI mempunyai potensi untuk meningkatkan ekonomi Malaysis dengan mentransformasikan bukan hanya sektor swasta, tetapi juga syarikat milik negara dan sektor awam.

 

Pelaksanaan yang memerlukan pusat data yang berterusan yang menyokong tenaga boleh diperbaharui, undang-undang privasi yang ketat, dan kuasa-kuasa awam yang lebih jelas.  - DagangNews.com

 

 

Afizan Amer adalah Pensyarah Kanan Pemasaran Digital, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Kampus Rembau , Universiti Teknologi Mara N.Sembilan.

 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL INFINITI

 

dagangnews