Perbaiki pembangunan kepimpinan, tingkatkan kualiti kerjaya Gen Z | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Infiniti - 15 Mar 2024 08:00 AM

Perbaiki pembangunan kepimpinan, tingkatkan kualiti kerjaya Gen Z

 

 

Pada 2024, impian untuk kenaikan kadar upah dan disokong dengan menjadi peneraju dalam sesebuah syarikat pasti wujud dalam kalangan eksekutif muda.

 

Kebanyakan generasi muda perlu menjalankan pembangunan kepimpinan untuk menajamkan kemahiran kepimpinan yang mereka miliki.

 

Ini tidak mengambil kira sama ada seorang pekerja itu makan gaji atau bekerja sendiri, pasti kita akan perasan bahawa sebahagian besar daripada tenaga kerja hari ini adalah milenial.

 

Golongan ini secara amnya merujuk kepada individu yang lahir antara tahun 1981 dan 1996. Ini bermakna pada tahun ini, milenial paling tua berusia 42 tahun manakala paling muda 27 tahun.

 

Sesiapa yang lahir antara 1997 dan 2012 pula digelar Gen Z. Tahun ini, Gen Z yang paling tua berusia 26 tahun, manakala paling muda berumur 11 tahun.

 

Sebenarnya, tiada satu pun takrifan yang jelas mengenai siapa milenial dan Gen Z. Ini kerana ada banyak pendapat mewakili pelbagai disiplin ilmu yang mengkategorikan kumpulan umur milenial dan Gen Z.

 

 

hikayat

 

 

Namun, apabila bercakap mengenai dua generasi di atas, banyak pihak sering melemparkan pelbagai tanggapan stereotaip mengenai milenial dan Gen Z.

 

Bagi kebanyakan generasi lama, mereka yang lahir dalam dua kumpulan ini adalah generasi yang lebih mementingkan diri sendiri. Ada yang berpendapat ciri-ciri ini jelas dilihat pada golongan tenaga kerja meliputi dua kumpulan usia ini.

 

Antara yang sering diutarakan adalah generasi ini tidak sekental generasi sebelumnya apabila menceburi bidang pekerjaan terutama dalam kualiti kepimpinan.

 

Generasi lama seperti Generasi X (individu yang lahir antara 1965-1980) menganggap milenial dan Gen Z ini adalah generasi yang lebih 'manja' dan tidak mahu bersusah-susah dalam kehidupan.

 

Ini adalah berdasarkan tinjauan eksekutif bahagian pekerjaan yang mengutamakan peningkatan keberkesanan pengurus dan pemimpin. Beberapa kajian juga menyatakan tidak semua pemimpin mampu bekerja dengan berkesan apabila berhadapan dengan perubahan drastik.

 

Oleh itu, sebelum eksekutif ini mencapai jawatan kepimpinan ini, mereka sebagai bakal pemimpin perlu menyediakan diri mereka dengan pelan pembangunan kepimpinan yang matang.

 

Berikut ada beberapa langkah untuk melaksanakan pembangunan kepimpinan yang perlu golongan muda ini ambil untuk membantu menyediakan pemimpin yang berjaya pada masa hadapan.

 

Langkah pertama untuk mengukuhkan kualiti kepimpinan mereka adalah dengan sentiasa melakukan penilaian kendiri terlebih dahulu. Mereka perlu menilai dan mengetahui kekuatan dan kelemahan diri sendiri.

 

 

parafrasa

 

 

Keupayaan untuk melaksanakan kesedaran diri adalah sangat penting untuk dapat mengenal pasti skop untuk meningkatkan kualiti seseorang. Penilaian kendiri ini perlu dilakukan secara dalaman dan luaran, seperti daripada rakan sekerja, atasan, dan pelanggan.

 

Hasil penilaian ini akan menjadi sangat baik untuk mendapatkan pandangan yang lebih mendalam mengenai kemahiran kepimpinan, kecerdasan emosi, gaya kepimpinan, dan lain-lain.

 

Penetapan matlamat pula adalah perkara asas bagi setiap rancangan pembangunan kepimpinan.

 

Seorang pemimpin mesti mempunyai sasaran jangka pendek dan matlamat jangka panjang dengan melihat kebolehan ketangkasan sebagai satu keperluan.

 

Tanpa matlamat, mereka tidak mempunyai hala tuju untuk pembangunan diri mereka. Matlamat yang jelas boleh menjadikan pencapaian gen z lebih tersusun dan lebih mudah dicapai.

 

Bagi seorang pemimpin, belajar adalah satu kemestian. Pelbagai program latihan kepimpinan boleh memberikan anda pengetahuan teori dan praktikal yang boleh meningkatkan keyakinan diri sendiri.

 

Dengan mengikuti latihan kepimpinan, pembangunan kepimpinan eksekutif muda akan menjadi lebih berkualiti, mereka boleh memperoleh kemahiran teknikal sambil turut mendapat pendedahan kepada pelbagai perspektif dan pengalaman daripada pemimpin hebat yang lain.

 

Rangkaian adalah salah satu lagi perkara penting  penyumbang kepada kejayaan kepimpinan.

 

Dengan mempunyai hubungan profesional yang mampan mereka akan mendapat akses kepada peluang baharu, cerapan yang pelbagai dan boleh menerima pelbagai sokongan dan maklum balas.

 

 

parafrasa

 

 

Bina hubungan baik dengan mentor, rakan sekerja yang berpengalaman, pemimpin industri dan lain-lain. Mempelajari pembangunan kepimpinan daripada pendahulu mempunyai nilai yang sangat berharga.

 

Seorang pemimpin jelas memerlukan gabungan kemahiran keras dan kemahiran insaniah. Kemahiran insaniah yang perlu ada pada seorang pemimpin ialah komunikasi, empati, rundingan, penyelesaian konflik dan banyak lagi.

 

Dengan memiliki kemahiran insaniah ini , generasi muda ini akan dapat menyelesaikan pelbagai masalah kompleks dalam sesebuah organisasi, membina pasukan yang kukuh, dan menggalakkan pencapaian hasil yang optimum.

 

Kesimpulannya, perjalanan dalam pembangunan kepimpinan memerlukan konsistensi, kemampanan, dan mampu memenangi aspek pelbagai dimensi.

 

Dengan mengambil langkah langkah di atas, mereka akan dapat menerima pelbagai cabaran dan peluang secara terbuka sambil mempunyai kebolehsuaian yang tinggi dari segi kenaikan pangkat. - DagangNews.com

 

Afizan Amer adalah Pensyarah Kanan Pemasaran Digital, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Kampus Rembau , Universiti Teknologi Mara N.Sembilan.

 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL INFINITI

 

dagangnews