Tali leher, Power Distance dan reformasi struktur Perdana Menteri ke-10 | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Infiniti - 06 Jan 2023 07:00 AM

Tali leher, Power Distance dan reformasi struktur Perdana Menteri ke-10

 

 

SEPERTI yang kita ketahui beberapa minggu yang lalu kepimpinan Perdana Menteri Malaysia yang ke-10, Dato' Seri Anwar Ibrahim dikritik sinis disebabkan perubahan tidak bertali leher ke pejabat dianggap lekeh oleh sesetengah pihak dalam keadaan negara yang memerlukan transformasi segera agar keadaan masalah ekonomi yang meruncing dapat ditangani.

 

Namun di sebalik perubahan kerdil yang di buat apakah simboliknya kepada kerajaan PM ke-10 ini?

 

Dari segi kaedah pengurusan Hofstede’s Cultural Dimensions, terdapat 5 aspek yang dapat mempengaruhi mengenai pemikiran sebuah masyarakat terhadap sebuah  organisasi.

 

Antara aspek tersebut adalah power distance dan perkataan inilah merupakan teras utama reformasi struktur yang di usahakan.


 

PM
Dato' Seri Anwar Ibrahim memimpin kabinet tanpa tali leher.

 


Menurut Hofstede, power distance adalah suatu tingkat kepercayaan atau penerimaan dari suatu punca kuasa yang tidak seimbang di antara orang.

 

Budaya di mana beberapa orang dianggap lebih superior dibandingkan dengan yang lain kerana status sosial, jantina, ras, umur, pendidikan, kelahiran, pencapaian, latar belakang atau faktor lainnya merupakan bentuk power distance yang amat tinggi.

 

Dalam negara yang memiliki power distance yang tinggi, masyarakat menerima hubungan kekuasaan yang lebih autokratik dan patrenalistik.

 

Sementara itu budaya dengan power distance yang rendah cenderung untuk melihat persamaan di antara orang dan lebih fokus kepada status yang dicapai daripada yang disandang oleh seseorang.

 

Inilah falsafah yang cuba dibawa oleh kepimpinan Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 cuba bawakan dan perlu dijiwai oleh seluruh ahli di bawah kerajaannya termasuk para Menteri dan seluruh anggota kabinetnya untuk membolehkan ia benar-benar jelas kelihatan di mata rakyat.


 

PM
Tetapi semasa sidang Parlimen, Anwar pakai tali leher.

 


Dalam tahun 2021, dengan mengutip 104 mata, Malaysia berada di tangga teratas dalam senarai negara yang mempunyai Jarak Kuasa (Power Distance Index – PDI) yang paling ketara di dunia, meninggalkan negara komunis China atau negara terjajah seperti Iraq.

 

Menurut Hotstede Power Distacne Index (PDI), indeks ini bertujuan menunjukkan apakah sesuatu badan atau negara itu membahagikan kuasanya secara yang wajar antara pihak yang mempunyai kuasa misalnya kerajaan dan orang yang dipimpin misalnya rakyatnya.

 

Semakin rendah indeksnya, bermakna perimbangan kuasa antara pihak berkuasa (kerajaan) dengan orang yang dipimpin (rakyat), bermakna pembahagian kuasa itu semakin sama rata dan baik.

 

Penggunaan tali leher yang melambangkan perbezaan antara pemimpin dan orang yang dipimpin dan menjadi jurang petunjuk kekuasaan antara pemimpin dan mereka yang di pimpin merupakan satu usaha awal Perdana Menteri ke-10 mengurangkan jurang kekuasaan itu.

 

Tidak mahu berbeza pandangan dan mempersoal, kerana dididik amat memandang tinggi  nilai pangkat dan kuasa, merupakan ciri-ciri masyarakat yang mempunyai high power distance culture seperti yang dijelaskan dalam indeks ini.


 

PM

 


Kita perlu mengetahui hampir setiap masyarakat akan membentuk hierarki kepimpinan. Tanpanya, sukar untuk sesebuah masyarakat itu bergerak ke hadapan dan membuat keputusan penting, tidak kira betapa saksamanya perkara yang mereka inginkan. Dan struktur ini biasanya mempunyai jumlah kuasa yang tidak sekata.

 

Idealnya sesebuah kerajaan yang mengamalkan jarak kuasa yang rendah akan meraikan pandangan semua ahli masyarakat semasa membuat keputusan dan penetapan matlamat untuk sesebuah negara itulah idealnya, sama ada ia akan berlaku di Malaysia atau tidak itu adalah perkara kedua.

 

Masyarakat lebih cenderung untuk bersuara dalam sesuatu perkara melalui tatasusila yang matang. Hasil yang kerajaan sebegini harapkan ialah akan terdapat pengagihan tanggungjawab membuat keputusan yang lebih meluas di seluruh masyarakat.

 

Masyarakat bukan hanya mempersoalkan tanggung jawab kerajaan terhadap masyarakat tetapi sebaliknya mereka juga perlu memikirkan apakah tanggungjawab dan sumbangan masyarakat terhadap kerajaan.

 

Adakah ini mampu berlaku di Malaysia? Peluang perubahan harus diberikan. Reformasi struktur harus di beri peluang terlaksana.

 

Kita juga berkemungkinan besar akan dapat melihat dasar "pintu terbuka" dalam kepimpinan kerajaan seperti ini. Dengan dasar pintu terbuka, mereka yang memegang jawatan kuasa tinggi lebih terbuka untuk mendengar pendapat orang bawahan, sehingga cukup mudah didekati untuk membiarkan pintu pejabat mereka terbuka.


 

kabinet

 


Walaupun kerajaan boleh menggalakkan untuk mempunyai kepimpinan demokratik dalam negara dan mempunyai jarak kuasa rendah, kerana ia dilihat sebagai lebih mesra rakyat dan menarik, ia mungkin mempunyai kesan negatif terhadap pembuatan keputusan.

 

Ia boleh menyebabkan kerajaan menjadi goyah dalam menyampaikan visinya atau bersetuju untuk melaksanakan tindakan dengan cepat dan tegas sekiranya rakyat tidak mempunyai kematangan fikiran. - DagangNews.com

 

Afizan Amer adalah Pensyarah Kanan Pemasaran Digital, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Kampus Rembau , Universiti Teknologi Mara N.Sembilan.

 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL INFINITI