Trend beli-belah Gen Z, persiapan kewangan dan gelagat pelaburan 2024 | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Infiniti - 29 Dec 2023 08:00 AM

Trend Beli-belah Gen Z , Persiapan Kewangan dan Gelagat Pelaburan 2024

 

 

 

DALAM dunia pemasaran tingkat laku manusia merupakan satu perkara yang Dinamik. Ini turut akan mempengaruhi tingkah laku masyarakat Malaysia dalam membeli-belah, mencari maklumat, dan juga melabur.

 

Perkara ini telah mengalami transformasi besar dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini. Ini tidak dapat dipisahkan daripada perkembangan pesat teknologi, pengaruh media sosial, dan pecutan digital awal oleh pandemik COVID-19.

 

Apabila tingkah laku terus berubah, perkhidmatan penyedia data dan cerapan data pemasaran, yang menjalankan kajian komprehensif untuk meneroka gelagat penggunaan milenium dan Gen Z dalam era teknologi yang akan membentuk pola  perniagaan pada 2024.

 

Hasil cerapan ini menekankan bagaimana teknologi telah membawa perubahan kepada tingkah laku membeli-belah dan aspirasi kewangan milenium dan Gen Z.

 

Kedua-dua generasi ini menunjukkan keutamaan yang berbeza dalam membeli-belah dan mengurus kewangan mereka. Ini turut bakal mempengaruhi keadaan ekonomi negara dalam tahun mendatang.

 

 

infiniti

 

 

Sementara golongan milenial cenderung memberi tumpuan kepada tanggungjawab mereka dalam keluarga, dan mereka mula mempunyai perancangan dan pengurusan kewangan yang lebih matang untuk mencapai kestabilan kewangan pada masa hadapan.

 

Oleh itu, gaya perbelanjaan dan keutamaan kewangan mereka tertumpu kepada keperluan harian, menyimpan untuk dana persaraan, menyediakan dana pendidikan, dan melabur dalam instrumen dengan risiko yang minimum.

 

Sementara itu, Gen Z yang majoritinya belum berkahwin menunjukkan gaya pengurusan membeli-belah dan kewangan yang lebih impulsif serta mementingkan gaya hidup dan hiburan.

 

Keputusan mereka sebahagian besarnya didorong oleh pendedahan kepada media sosial yang mewujudkan  mentaliti Takut Terlepas (FOMO) yang boleh membawa kepada masalah kewangan kepada para graduan yang baru bekerja.

 

Sebagai generasi paling aktif dan celik digital, milenium dan Gen Z akan berada di paksi ekosistem ekonomi digital yang menggalakkan kelahiran inovasi baharu yangb seharusnya berkualiti tinggi.

 

Pada 2024, diramalkan lebih ramai pengguna akan mencari pelaburan jangka panjang, lebih banyak penyepaduan teknologi ke dalam perkhidmatan kewangan, dan pergerakan positif dari segi rangkuman kewangan.

 

Ini pastinya membawa peluang dan cabaran untuk ahli perniagaan, institusi kewangan dan kerajaan, jadi penyelidikan dan data menjadi semakin penting untuk membuat keputusan yang betul.

 

Perkembangan ekonomi digital di Malaysia diunjurkan akan terus berkembang secara positif malah berganda pada 2025. Prospek ekonomi digital adalah sangat besar, didorong dengan perubahan tingkah laku daripada milenium dan Gen Z ialah kumpulan pengguna terbesar.

 

Oleh itu, terdapat keperluan bagi industri kewangan, baik dari sektor perbankan dan bukan perbankan, untuk menyokong kesaksamaan ekonomi digital, serta peraturan yang kukuh daripada kerajaan untuk melindungi data pengguna dan keselamatan pengguna daripada serangan siber.

 

 

infiniti

 

 

Aliran Gelagat Beli-belah Gen Z dan Milenium pada 2024

Mengenai perkembangan platform beli-belah,  e-dagang  ialah tempat membeli-belah paling popular, dengan 54% pengguna akan memberikan keutamaan untuk platform ini.

 

Sebaliknya, membeli-belah secara terus di kedai masih popular dengan 42% responden, dengan majoriti datang daripada komuniti yang mempunyai tahap sosio-ekonomi yang rendah.

 

Sementara itu, 3% responden, yang didominasi oleh Gen Z, mempunyai kecenderungan untuk membeli-belah melalui platform media sosial.

 

Kemajuan teknologi memainkan peranan besar dalam perubahan tingkah laku dan pilihan pengguna. Sebanyak 58% responden menyatakan bahawa mereka kini membandingkan produk dan harga dalam talian sebelum membuat transaksi.

 

Di samping itu, 53% daripada responden berkata mereka lebih kerap menggunakan pembayaran digital atau  e-dompet  semasa membeli-belah dan 51% daripada responden membeli-belah melalui  e-dagang lebih kerap  berkat kemudahan dan keselesaan yang ditawarkan.

 

Trend Kewangan dan Pelaburan 2024

Keutamaan kewangan milenial dan Gen Z memberi gambaran menarik tentang peringkat kehidupan, sikap dan aspirasi mereka. Bagi generasi milenium, perancangan kewangan mereka tertumpu kepada tanggungjawab untuk keperluan keluarga dan penyediaan kewangan jangka panjang.

 

Fokus utama mereka ialah memastikan kestabilan dan keselesaan keluarga, termasuk memastikan kebajikan dan masa depan yang cerah untuk anak-anak mereka.

 

 

infiniti

 

 

Sebaliknya, perancangan kewangan Gen Z ditentukan oleh masa muda dan keadaan semasa mereka. Fokus kewangan mereka adalah pada gaya hidup, hobi dan rekreasi. Ini mencerminkan keinginan Gen Z untuk berseronok dan mencuba pengalaman baharu.

 

Secara umumnya, golongan milenial lebih memahami potensi dan strategi kewangan melalui pelaburan. Mereka mengutamakan memperoleh keuntungan yang tinggi dengan risiko serendah mungkin daripada pelaburan yang mereka buat.

 

Sementara itu, Gen Z, walaupun menunjukkan minat yang tinggi untuk melabur untuk masa depan, gelagat pelaburan mereka masih terhalang oleh batasan belanjawan dan pengetahuan tentang pelbagai pilihan pelaburan.- DagangNews.com

 

Afizan Amer adalah Pensyarah Kanan Pemasaran Digital, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Kampus Rembau , Universiti Teknologi Mara N.Sembilan.

 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL INFINITI

 

dagangnews