Mister Potato lancar dua perisa edisi terhad baharu | DagangNews Skip to main content

Mister Potato lancar dua perisa edisi terhad baharu

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN
[email protected]

 

KUALA LUMPUR 12 Jan - Snek kerepek kentang, Mister Potato melancarkan dua perisa edisi terhad baharu, ayam oren dan udang kara pedas menerusi kempen 'Hari-Hari Mau Chic-Ka-Boom' sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2022.

 

Pengarah Eksekutif Kumpulan Mamee-Double Decker, Pierre Pang berkata, seperti tahun-tahun sebelum ini, Mister Potato akan melancarkan dua perisa kerepek kentang cita rasa Asia menjelang perayaan tersebut pada setiap tahun.

 

“Sebagai sajian ala Asia yang terkenal, resipi ayam oren kini dihasilkan dalam kerepek kentang dengan perisa penuh kelazatan ayam dan oren manis untuk memberi rasa yang menyegarkan kepada pengguna. Bagi perisa udang kara pedas yang digelar naga laut dalam Bahasa Cina pula membawakan perisa makanan laut pedas yang digemari rakyat Malaysia.

 

“Perisa baharu kami mengiktiraf semangat dan makna di sebalik resipi asal dan kami memperkenalkan kerepek kentang ini untuk dihidangkan sebagai sebahagian daripada bahan sajian yee sang. Dalam dialek Cina, limau mandarin disebut ‘kam’ yang membawa maksud ‘emas’ dan dipercayai membawa kekayaan manakala udang kara melambangkan kekuatan dan kemakmuran,” katanya dalam kenyataan.

 

Pang berkata, kedua-dua perisa dijual dalam 150 gram kanister (balang silinder) dan sempena Tahun Baru Cina 2022, pihaknya bekerjasama dengan Kumpulan Tai Thong menghasilkan set kotak yee sang edisi terhad.

mp

“Versi khas ini boleh didapati menerusi laman web 'Runcit on Call' dan juga Mamee Official Store di Shopee dan Lazada. Kami yakin perisa baharu ini akan menambat selera pengguna Malaysia dan mendapat sambutan hangat untuk kedua-dua perisa,” katanya.

 

Mister Potato perisa ayam oren dan Mister Potato perisa udang kara pedas boleh didapati dalam kanister 150 gram (RM4.60) di semua pasar raya, pasar raya besar, pasar mini, kedai serbaneka, stesen petrol dan kedai runcit di seluruh negara, dan juga menerusi laman web e-dagang seperti Lazada dan Shopee. 

 

Perisa edisi terhad ini juga boleh didapati dalam bentuk set hadiah bernilai RM55 setiap satu. 

 

Set Yee Sang Tahun Baru Cina Mister Potato X Tai Thong boleh dipesan menerusi Mamee Official Store di Lazada (https://bit.ly/3eyGyag) dan Shopee (https://bit.ly/3EETyFU) atau menerusi laman web Runcit on Call di https://bit.ly/3eWfmCM. - DagangNews.com