Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar meninggal dunia | DagangNews Skip to main content

Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar meninggal dunia

KUALA LUMPUR 25 Julai - Pengasas Kumpulan Emkay Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar meninggal dunia pagi tadi akibat sakit tua.

 

Tokoh korporat itu meninggal dunia pada 7.45 pagi di Institut Jantung Negara (IJN) dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bukit Kiara, lapor Astro Awani.

 

Mustapha mengasaskan Emkay pada 1983 dan berada di belakang Damansara Perdana dan beberapa perbandaran terkemuka di Selangor.

 

Beliau juga merupakan pengasas bersama MK Land Holdings Bhd.

 

Anak perempuannya Felina memberitahu Awani bahawa ahli keluarga masih berada di IJN untuk membuat persiapan untuk proses seterusnya.

 

Mustapha memulakan kerjayanya sebagai penjawat awam dengan kerajaan negeri Selangor, seterusnya berkhidmat sebagai timbalan pesuruhjaya di jabatan tanah dan galian.

 

Beliau kemudiannya menceburi sektor swasta, bermula sebagai pengarah urusan Shah Alam Properties Sdn Bhd sebelum kemudiannya membentuk Kumpulan Emkay. - DagangNews.com