Berdepan layanan buruk syiah di Damsyik | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
WAINUIOMATA - 15 Jun 2023 07:00 AM

Berdepan layanan buruk syiah di Damsyik

 

 

DAMSYIK dipercayai mempunyai lebih daripada 2,000 buah masjid di mana masjid Umayyad  merupakan yang terpenting.

 

Masjid ini sentiasa dipenuhi dengan orang luar sama ada pelancong mahupun pengikut Di kalangan kumpulan ini, golongan dari negara Iran membentuk kumpulan terbesar.

 

Ini disebabkan Masjid Umayyad menempatkan makam Saidina Hussin yang memainkan peranan penting dalam ajaran Syiah. Di samping itu, makam Nabi Yahya juga terletak di dalam masjid ini.

 

Saya terus bergerak  menuju ke Makam Pahlawan Islam yang terkenal iaitu Sallehuddin Al-Ayubi yang sentiasa menjadi sebutan oleh para umat Islam yang mencintai perjuangan menegakkan agama Islam.

 

Sallehuddin menjadi pahlawan Islam yang telah berjaya membuka Baitul Muqaddis pada tahun 583 Hijrah dari tangan tentera-tentera Salib. Dari bangsa Kurdi dan dilahirkan di Tikrit pada tahun 532 dan wafat ketika berumur 57 tahun pada tahun 589 Hijrah. Beliau menjadi Sultan Mesir dan Syria dan membentuk sebuah kerajaan yang diberi nama kerajaan Ayyubiah.


 

wainuiomata
                  Ilustrasi pelukis terhadap wajah Sallehuddin Al-Ayubi

 


Beliau kemudiannya berperang dengan tentera Salib di bumi Syam sewaktu awal kurun ke-12. Kejayaan terbesarnya adalah sewaktu dia berjaya tewaskan tentera Salib dalam Perang Hattin pada tahun 1187 dan menawan semula Baitul Muqqadis. Beliau amat dihormati bukan sahaja dari kalangan orang Islam, malah panglima-panglima Kristian.

 

Pada asalnya, jasadnya telah disemadikan di dalam Kota Dimashq yang pernah ditawannya kemudian dipindahkan ke kawasan yang sedia ada pada ketika ini.

 

Saya menitis air mata di makam Sallehuddin mengenang betapa hebatnya beliau.


 

parafrasa


 


Selepas menziarahi Makam Sallehudin Al-Ayubi, terus bergerak ke masjid Umayyah yang merupakan masjid serta pusat pemerintahan kerajaan Bani Umawiah.

 

Di dalam masjid terdapat Makam Nabi Yahya a.s AS atau oleh kaum Nasrani dikenali dengan nama Johanes Sang Pembabtis (John the Baptist).

 

Juga kawasan persinggahan Nabi Hud dan Nabi Khidir yang dikatakan masih hidup sehingga kini.

 

Masjid ini juga merupakan masjid pertama yang memiliki teknologi jam, sebuah jam matahari yang dibuat oleh Ala Al-Din Abu'l-Hasan Ali bin Ibrahim Ibn al-Shatir (1304-1375).


 

parafrasa
Jam Masjid Umayyah adalah kubah kecil di dalam masjid.

 


Kompleks terdiri dari ruang solat utama, ditambah dengan halaman tengah yang dapat menampung ratusan jemaah, Binaan masjid merujuk kepada bangunan masjid Nabawi di Madinah.

 

Masjid ini memiliki tiga menara yang merupakan usaha pembuatan menara pertama di daerah Syam  dan empat pintu yang dihiasi dengan mozek. Sisa-sisa mozek itu masih ada sampai sekarang di bahagian terpenting di pintu Albarid, pintu barat masjid. Pada masa dahulu masjid ini menyimpan banyak kitab dan manuskrip.

 

Namun kini masjid ini hanya tinggal kenangan, kerana konflik Syria yang masih tidak berhenti dan hampir separuh bangunan masjid tertua ini telah hancur dan musnah.

 

Setelah itu, saya memasuki lorong ke arah Bab Faradis untuk menziarahi Makam Saidatina Ruqayyah iaitu cicit Rasulullah S.A.W. Ruqayyah merupakan anak perempuan Saidina Hussein ibn Ali iaitu cucu Rasulullah S.A.W.

 

Lepas itu ke lokasi Souk Hamidi adalah sebuah bazar tertutup yang terkenal di Damsyik. Terdapat pelbagai jenis barang yang dijual macam pakaian, rempah-ratus dan cenderahati. Pun restoran-restoran ada juga.


 

parafrasa

 


Citadel of Damascus terletak tidak jauh dari Souk Hamidi dan merupakan kubu pertahanan yang dibina oleh anak saudara Salahuddin Al-Ayubi, iaitu Malik Al-Adil pada kurun ke-13. Kubu ni berfungsi sebagai pertahanan kota Damsyik dari serangan tentera Salib dan Mongol.

 

Namun, tentera Mongol berjaya memusnahkan kubu ini pada tahun 1260. Kubu ini dibina semula oleh Sultan Mamluk yang bernama Baybars. Pada tahun 1400, kubu sekali lagi dimusnahkan oleh serangan tentera Mongol kedua yang dipimpin oleh Timurlane.

 

Di Masjid Umayyah terjumpa ramai pelancong Syiah dari seluruh dunia, kerana di sini terdapatnya makam Hussain r.a dan kubur-kubur ahlul bait yang diratapi oleh Syiah.  Ibarat pergi ke umrah buat Syiah dan majoritinya berpakaian serba hitam seluruh badan.

 

Pelancong Syiah yang berada secara berkumpulan sedang menangis dan meraung meratapi kematian, sambil mendengar tazkirah memperingati kisah Karbala.

 

Ada kubur sahabat Bilal r.a. dimana Syiah terus menangis, meraung dan dicium-cium kubur.

 

Saya berjalan lagi menziarahi kubur-kubur yang ada di situ, sehinggalah menjumpai sebuah makam yang ditutupi dengan pagar besi dan bangunan yang kukuh, itu adalah makam sahabat Muawiyah, pengasas kepada Khilafah Umayyah yang sangat dibenci oleh Syiah.


 

parafrasa

 


Makam beliau dibina bangunan kukuh dengan pagar besi kerana Syiah menjadikan kuburnya tempat melepaskan kebencian dan geram, dibaling dengan batu oleh Syiah seperti melontar jamrah.

 

Biarpun suasana dan keadaan di Syria kelihatan tenang dan aman, namun di sebalik kedamaian tertanam ketakutan secara diam-diam. Ada pesanan supaya  jangan sesekali menyebut nama atau berkata sesuatu tentang presidennya di khalayak ramai, atau mungkin ditangkap polis tiba-tiba tanpa pesanan.

 

Tentera Syria yang majoritinya Syiah telah menghancurkan negaranya sendiri dengan sebegitu bengis. Seperti urusan di imigresen dilayan secara kasar dan tidak membenarkan untuk dapat visa keluar melainkan dibayar 50 Lira. Duit tersebut bukan duit visa kerana ada bayarannya yang tersendiri.

 

Syiah seperti kembara di Iran pastinya akan melayan dengan baik, sebab fokus utama bukan lagi menyerang tetapi mensyiahkan sunni yang pergi ke sana.

 

Berdakyah dengan uslub-uslub dengan tempat belum kuasai dan ingin kuasai Syiah akan guna segala cara untuk mendapatkannya. Ketidakstabilan di Timur Tengah penyumbang terbesarnya dimana Syria, Iraq, Yaman, Bahrain dan Arab Saudi bergolak disebabkan kerakusan kuasa politik Syiah yang dibiayai oleh Iran.

 

Bagi saya persengketaan Syiah-Sunni tidak akan berakhir selamanya kerana agama Syiah lahir dari kebencian terhadap sunni. Menjadi akidah dan doktrin Syiah paling utama.

 

Dalam urusan bertaamul dengan Syiah berikan hak sepatutnya selagi mana tidak melampaui batas, tetapi untuk mengatakan dan memberi gambaran Syiah adalah baik walaupun di peringkat individu adalah suatu masalah besar.

 

Dengan pengiktirafan individu membawa kepada pengiktirafan masyarakat dan seterusnya.


 

parafrasa
Bandar Damsyik atau Damascus sebelum perang saudara di Syria.

 


Walau begitu saya tetap berkawan dengan Syiah terutama Syiah Liberal dari Iran yang mengutuk ayatollah. Ramai sahabat dari perempuan Syiah di UAE yang tidak bertudung dan bebas bergerak.

 

Pernah seorang perempuan Syiah dari Arab Saudi meminta saya menjadi saksi perkahwinannya yang saya lakukan kerana sebagai sahabat baik. Saya tidak pasti perkahwinan Syiah.

 

Itulah Damsyik dengan Syiahnya yang berkuasa dan sunni yang menjadi rakyat biasa.

 

Mohd Fudzail Mohd Nor telah aktif menulis di pelbagai medium termasuk sebagai kolumnis portal berita dan memenangi banyak hadiah sastera selama beliau berkelana di luar negara. Kolum Wainuiomata ini adalah bersempena nama bandar universiti beliau di New Zealand. - DagangNews.com

 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL WAINUIOMATA