Berpuasa di Semenanjung Gaza: Bahagian 4
JARAK antara Kaherah dan Gaza ialah 430 km dan melalui pantai ke laut Mediterranean. Saya sangat teruja kerana perjalanan dari dan ke Kaherah melalui padang pasir yang panas di semenanjung Sinai dan juga merentasi Terusan Suez kepunyaan Mesir.
Kami melalui Terusan Suez yang terasa hebat dengan pemandangan kapal-kapal bergerak. Terusan Suez ialah laluan air buatan manusia yang menghubungkan Laut Mediterranean ke Lautan Hindi melalui Laut Merah.
Ia membolehkan laluan yang lebih terus untuk penghantaran antara Eropah dan Asia, dengan berkesan membolehkan laluan dari Atlantik Utara ke Lautan Hindi tanpa perlu mengelilingi benua Afrika.
Terusan Suez mengendalikan sekitar 10 peratus perdagangan maritim antarabangsa dan merupakan salah satu laluan air tersibuk di dunia. Terusan Suez yang menyediakan penghubung penting untuk penghantaran minyak, gas asli dan kargo antara Lautan Atlantik dan Lautan Pasifik.
Sewaktu dibuka lebih 150 tahun yang lepas, terusan itu sepanjang 164 km dan kedalaman lapan meter, tetapi setelah beberapa penambahbaikan kini panjangnya ialah 193km dan kedalaman 24 meter .
Untuk beratus tahun Terusan Suez telah menjadi salah satu daripada sumber pendapatan utama dalam mata wang asing untuk kerajaan Mesir. Secara purata, 50 kapal melalui Terusan Suez setiap hari dan sentiasa sibuk.
Dari Suez Canal Authority (SCA), lebih kurang 19,000 kapal, dengan jumlah berat muatan kargo 1.17 juta tan melalui terusan pada tahun 2020. Ini merupakan satu rekod iaitu muatan kargo kedua tertinggi dalam sejarah Terusan Sues.
Bayaran tol untuk melalui Terusan Suez bergantung kepada jenis dan saiz kapal selain berat kargo. Kebiasaannya bayaran tol boleh melebihi RM400,000. Sebilangan besar minyak yang diangkut melalui Terusan Suez yang merupakan persimpangan terpantas antara Lautan Atlantik dan Lautan Hindi tetapi menuntut tol yang besar.
Pergerakan kapal antara pelabuhan di negara Teluk dan London misalnya, dikurangkan dalam separuh dengan melalui Suez kalau dibandingkan dengan laluan alternatif di sekitar hujung selatan Afrika.
Kebanyakan kargo yang bergerak dari negara Teluk ke Eropah Barat adalah minyak., barangan dan bijirin yang dihasilkan sering melalui terusan antara Eropah dan Amerika Utara dan Asia.
Terusan ini sememangnya penting kepada ekonomi dan kerana peranannya itu, telah banyak konflik yang terjadi akibat terusan ini semenjak pembukaannya pada tahun 1869.
Terusan Suez adalah terusan buatan manusia yang terpanjang di dunia tanpa sebarang halangan.
Kumpulan kami dalam perjalanan pergi ke Gaza sempat bermusafir di El Arish, Bandar yang terbesar di utara Sinai, Mesir yang terletak kira-kira 214 km di kaherah. Perjalanan dengan bas mengambil masa selama 4 jam setengah dan hanya padang pasir tetapi tetap menarik.
Saya menatap pemandangan sepanjang perjalanan yang menarik kerana suasana padang pasir yang diikuti oleh kebun-kebun tamar yang luas di sepanjang perkampungan orang-orang Mesir. Perjalanan kami yang sedikit laju bertambah menarik apabila kami menyeberangi Terusan Suez dengan merentasi Jambatan Mubarak.
Jambatan agak panjang tetapi canggih serta mempunyai nilai yang tersendiri buat negara Mesir juga dikenali sebagai Jambatan Persahabatan Mesir-Jepun. Jambatan itu menghubungkan benua Afrika dan Asia.
Perjalanan tiada henti diganggu oleh beberapa check point tentera Mesir di sepanjang jalan di Semenanjung Sinai yang siap bersenjata. Namun nasib ada pengawal yang mengiringi dan memudahkan perjalanan. Kami meneruskan perjalanan yang sekian lama dinanti-nantikan buat pertama dan terakhir kali.
Kami berhenti makan di pekan yang tidak nama dengan nasi Arab dan makan kenyang kerana sedap. Sempat bergambar kenangan.
Akhirnya tiba di Pekan El Arish setelah melalui lebih 4 jam di perjalanan yang sungguh menarik terutamanya buat kami yang sampai ke wilayah ini buat kali pertama. Bumi Mesir mempunyai keluasan tanah yang subur jika bekalan air dapat disalurkan ke kawasan-kawasan padang pasir ini.
Di El Arish, Sinai ramai pelarian Palestin yang menumpang di rumah-rumah tumpangan. Kami duduk di sebuah asrama dengan telah kami tempah sebelumnya turut diduduki oleh pelarian Palestin. Kami merasa agak terharu apabila mendapati orang-orang awam Mesir juga turut membantu keperitan yang dihadapi oleh pelarian dari Semenanjung Gaza.
Tidak seperti apa yang berlaku di Lebanon, pelarian di El Arish berpeluang untuk menyewa di rumah tumpangan. Ramai di kalangan pelarian Palestin bekerja sebagai buruh, peniaga dan pembantu jualan di El Arish. Dianggarkan seramai tidak kurang 10 peratus daripada penduduk Pekan El Arish merupakan berasal dari Palestin.
Kami berkumpul untuk mendengar taklimat di Dewan. Perasaan kami bergetar apabila disenut sempadan Rifah-Gaza masih belum dibuka dan mungkin terpaksa menanti.
Saya sempat berjalan dendiri di di El Arish dalam 2 km dari asrama untuk melihat keadaan dan suasana. Berbual dengan orang tempatan yang boleh bercakap Inggeris dan menegur mereka yang mesra.
Bila balik ke Kaherah kami sempat berbuka. dan meneruskan melalui Terusan Suez yang terpampang.
Tiba di Kaherah yang telah saya kunjungi empat kali dan duduk dihotel di jalan yang sibuk. Di ajak berjalan ke seluruh Kaherah dan semestinya melihat piramid yang tersergam.
Saya dengan kawan yang sudah melihat piramid berjalan ke arah utara dan berbuka di masjid sebelum berjalan lagi. Singgah di masjid untuk isya dan tarawih. Bacaan surah panjang pula dan kami hanya 8 rakaat dan terus dengan teksi mengikut haluan.
Di mana-mana orang ramai di mana penduduk Kaherah seramai hampir dua puluh juta orang. Sepanjang tahun 2015-2016, direkodkan bahawa 27.8 peratus daripada penduduk Mesir hidup dalam kemiskinan, yang dianggap sebagai kadar tertinggi yang dicatatkan untuk kawasan itu sejak tahun 2000. Daripada 27.8 peratus, bandar Kaherah membentuk sebuah bandar yang sangat besar. 18 peratus daripada kemiskinan di Mesir.
Saya dapat melihat kemiskinan dan kekayaan yang berada di mana-mana tetapi di Kaherah dengan penduduk yang padat boleh membezakan keadaan. Kami tidur lambat dengan orang Kaherah terus berjaga sampai sahur.
Saya tidak balik terus ke Malaysia di mana kami bermusafir dahulu di Lebanon, Syria dan Israel untuk melihat keadaan dan suasana yang tidak tergambar dari kaca mata seorang rakyat Malaysia.
Mohd Fudzail Mohd Nor telah aktif menulis di pelbagai medium termasuk sebagai kolumnis portal berita dan memenangi banyak hadiah sastera selama beliau berkelana di luar negara. Kolum Wainuiomata ini adalah bersempena nama bandar universiti beliau di New Zealand. - DagangNews.com