Bersembang dengan Lionel Ritchie di Dun Laoghaire
PADA tahun 2004, saya mendapat tawaran untuk bekerja dalam sistem maklumat di Ireland dengan assigments dalam 60% di Eropah Timur. Saya lebih berminat untuk terus bekerja di Dubai sebagai ketua telekomunikasi dengan tugas untuk sebuah pulau buatan terbesar di dunia.
Begitupun timbul minat saya untuk mengetahui apa kerja yang ditugaskan sebagai konsultan di sebuah multinasional besar berpangkalan di Sweden. Saya menerima tawaran dan terbang ke Dublin untuk temuduga. Saya bercuti seminggu.
Terbang dengan hajat untuk melihat Ireland lebih dekat, bukan sangat pada pekerjaan yang ditawarkan. Rasanya sudah tahu ke mana saya akan memilih.
Saya juga banyak menerima tawaran tetapi tidak berminat dan pekerjaan ini membawa saya ke Ireland, satu negara yang belum saya menjejaki.
Tiba di London dan tidur semalam, sempat mengelilingi kota London yang sudah empat kali saya pergi sewaktu di TV3 dahulu. Banyak kenangan di London yang saya pergi 10 kali semuanya.
Pertama kali mengambil kapal terbang untuk ke Dublin dari Stansted Airport. Saya mengambil bas untuk melihat persekitaran dan tiketnya murah.
Pemandu bas dari Poland yang bercakap slang Inggeris yang kurang di fahami.
Dengan harga bermula hanya £3.50, bas benar-benar cara termurah untuk ke Lapangan Terbang Stansted. Terdapat dua laluan terus yang boleh dilalui dari London iaitu London City Old Street dan Baker Street di West End. Baker Street ialah laluan bas yang popular kerana lokasinya yang selesa.
Bus sungguh selesa dan saya melihat orang yang lalu lalang. Sentiasa sibuk dengan jutaan orang, mungkin sebagai pelancong.
Lapangan terbang Stansted dikelilingi oleh kawasan luar bandar Essex yang menarik. Perkampungan Saffron Walden yang berdekatan adalah rumah kepada Audley End House and Gardens, sebuah rumah agam Jacobean yang pernah dimiliki oleh Charles II. Rumah mewah, kuarters pelayan zaman Victoria, kandang kuda dan taman-taman yang indah semuanya terbuka kepada orang ramai.
Jika sedang mencari sesuatu untuk menghiburkan orang dewasa dan kanak-kanak, Kereta Api Miniatur Audley End menawarkan perjalanan sejauh satu setengah batu melalui hutan yang cantik - cara yang bagus untuk meluangkan masa.
Kompleks Seni Rhodes terletak di Bishop's Stortford, bandar terdekat dengan London Stansted, dan menempatkan Muzium Stortford Bishop dan Galeri Thorleybourne.
Bahagian asal bangunan itu dipanggil Netteswell House, dan merupakan tempat kelahiran Cecil Rhodes, pengasas syarikat berlian Afrika Selatan De Beers dan negeri Rhodesia.
Pusat seni ialah hab kreatif dan menganjurkan produksi tarian, muzik dan komedi, serta mempunyai auditorium 300 tempat duduk untuk menayangkan filem.
Muzium ini mengandungi Koleksi Cecil Rhodes, pilihan artifak, dokumen dan gambar, yang memberikan pandangan yang menarik tentang kehidupan dan warisan usahawan abad ke-19.
Saya terus mengambil Aer Lingus dan terkejut hanya saya seorang hari itu. Lantas diberikan duduk di mana saja dengan makanan yang banyak.
Tiba di Dublin dan terus ke hotel besar di tengah Dublin. Diberi bilik eksklusif yang besar dan bersiap untuk makan.
Saya keluar dari bilik dan terlihat seseorang di kawasan tempat duduk. Dia tersenyum sambil duduk di kerusi.
Saya memandang memikirkan rasanya kenal lelaki ini. Mungkinkah? Tidak mungkin di Dublin di hotel yang sama kerana dia duduk disebelah hotel saya.
Saya lantas bertanya dengan rasa teruja.
“Are you Lionel Richie?”
Lelaki itu tersenyum dan menghulurkan tangan.
“Yes, I am Lionel Richie.”
Wow, saya rasa sungguh teruja dan gembira. Tidak sangka boleh bertemu hanya dengan dia.
Lionel Richie seorang penyanyi kulit hitam yang saya minati dengan lagu “Hello” dan banyak lagi lain semasa beliau bersama Commodores.
Lionel Richie menjemput saya ke bar dan minum. Lionel tentulah minum alkohol dan saya dengan air oren.
Lionel bercerita dia baru bercerai dengan isterinya dan menanti kawan perempuannya bersiap untuk keluar.
Dengan bertemu saya, baik dia minum dahulu.
Lionel terus bercakap dan saya mendengar. Ramai di dalam bar yang kenal dan menegur.
Lionel diberi Anugerah Meteor Ireland, telah menjual hampir 100 juta album dan mencatatkan 22 Top 10 hits dalam kerjaya nyanyian dan penciptaan lagu yang gemilang yang telah menjangkau empat dekad.
Lionel mula terkenal apabila dia mengasaskan Commodores pada tahun 1967 di Alabama dan pada tahun 1971, menandatangani kontrak dengan label Motown.
Menjelang 1980-an, dia telah memulakan kerjaya solo. Beberapa lagu hit Richie termasuk All Night Long dan Hello. Album terbarunya, Just For You, adalah album solo kelapannya.
Penganjur berasa amat terharu kerana bintang pop berjiwa AS, Lionel Richie, juga telah bersetuju untuk hadir ke majlis itu dan menyanyi All Night Long!
Jurucakap Meteor berkata: "Lionel Richie akan menyanyikan single baharunya, Just For You. Dia pernah berada di London tetapi dia hanya menyampaikan anugerah, sedangkan dia sebenarnya akan membuat persembahan.
Ini pada asasnya adalah jawapan Ireland kepada British kerana ia adalah acara anugerah utama di Ireland.
Saya mengunjungi Royal College of Surgeon dan melihat nama Wan Azizah sebagai pelajar terbaik.
Dalam temuduga di Dun Loghaire saya diarahkan untuk ujian kesihatan di mana-mana klinik.
Pinggir pantai Dún Laoghaire terkenal untuk berjalan-jalan di Jeti Timur, dan ikan dan kerepek tempatan.
Muzium Maritim Kebangsaan Ireland mempunyai seni nautika dan artifak di dalam gereja kelasi abad ke-19, manakala pelabuhan adalah hab yang sibuk untuk memancing, sukan air dan pelayaran.
Sandycove yang berdekatan ialah rumah kepada Menara dan Muzium James Joyce, serta pantai terlindung dan tempat mandi di Forty Foot.
Saya berjalan ke seluruh Dun Loghaire dan selama empat hari bekerja untuk mendalami sebelum balik Dubai, terus menjadi ketua Telekomunikasi Palm Jumeirah.
Mohd Fudzail Mohd Nor telah aktif menulis di pelbagai medium termasuk sebagai kolumnis portal berita dan memenangi banyak hadiah sastera selama beliau berkelana di luar negara. Kolum Wainuiomata ini adalah bersempena nama bandar universiti beliau di New Zealand. - DagangNews.com